Hikayat Hang Too  

Posted by agHoo in

tersebutlah kisah....

pada suatu malam pada 30 july 1985,di sebuah rumah seorang nenek tua,rumah kampung yang terletak di pantai timur tersebutlah satu kisah dimana seorang ibu yg sedang sarat mengandung menantikan kelahiran anaknya yg ke-4..kira-kira pada pukul 9 malam,secara tiba2 si ibu ini terasa memulas perutnya seperti ingin membuang air besar lalu dinyatakan pada neneknya untuk ke tandas...kemudian nenek ini bingkas memimpin ibu ini untuk ke toilet memandangkan keadaannya yg sedang sarat mengandung ini..bila diperhatikan,lantas nenek yang separuh abad usianya ini yg bisa makan garam di dunia yg fana ini bingkas menjerit..."ni anak da nak kuar da ni,pegi cari bidan cepat!!"
si bapa yg terkejut dgn pantasnya keluar mencari bidan,si ibu kehairanan kerana tiada akan rasa kesakitan padanya seperti mana perit rasanya dia melahirkan anak2nya sebelum ini..
dalam keadaan cemas itu,tiba2 shaja rumah pula keputusan eletrik..keadaan menjadi agak kecoh sedikit kerana ketiadaan bantuan tenaga elektrik disaat2 genting ini..suasana menjadi sedikit gamat..

tidak lama kemudian,si bapa tiba dengan membawa seorang bidan kerajaan,tanpa membuang masa, bidan pantas melakukan kerjanya berbantukan cahaya suram dari lilin..Alhamdulillah,akhirnya seorang bayi lelaki yang comel telah selamat dilahirkan di dunia ini..tiada kesulitan terasa,hanya perasaan seperti buang air sahaja si ibu rasakan..mungkinkah itu adalah satu petanda bayi yg dilahirkan ini merupakan satu bayi yg ajaib atau gifted???(perasan)..kemudian bayi itu dinamakan MOHD ARIF BIN OMAR..sbnrnya bayi itu adalah aku,si ibu itu adalah ibuku,si bapa itu adalah bapaku,si nenek itu adalah arwah moyangku..

hehehehhe menarik x cerpen diatas...sbnrnya mak aku nak kasik nama aku mohd arif ridzuan tapi dek krn terlampau panjang, ayahku cakap pendek2 sudahla,so dibuangkanlah nama ridzuan tersebut hihi...

kenapa aku menghikayatkan kisah2 ini ek?,saje je kot,sbb aku mmg seorang pengemar sejarah hehehe...

so,dikesempatan ini aku ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada ibu bapaku yg melahirkan aku,menjaga aku,membesarkan aku tanpa mengenal penat lelah serta memberikan kasih sayang pada anakmu yg berkerenah ini..ermmm aku byk kerenah ke?x kot..

juga xlupa kepada kawan2 n sahabat handai selama aku idup 23 tahun dimuka bumi ini..byk kenangan suke dan duka bersama..mekasih semua.isk jiwang la pulak...

waahhh!!da 23 taun da umor aku rupenya,sedar xsedar cepatnya masa berlalu.da tua tp rasa cam kanak2 riang lg..adeh makin hari makin meningkat usia, makin tua makin berkedut.eh,makin tua makin byk masalahla he3.ingin aku kembali waktu kanak2 dulu..idup riang,berlari2,berkejaran hidup aman tanpa perlu memikirkan masalah...
aduhai rindunya...

everyone is bambino  

Posted by agHoo in


harini,akhirnya graduate sudah aku dr menonton series drama jepon tajuk "bambino" slepas 3 hr bertungkus lumus huhu...series ini diadaptasikan dr sebuah komik written by Sekiya Tetsuji...kisah die mengenai sorang mamat nih,After a year of working at a neighborhood Italian restaurant,he comes to tokyo to perfect his cooking skills as a chef in italian cuisine...he leave everything,break up with his gf,quit college for the sake to be a great chef. die bekerja di sebuah restoran yg bernama baccale kalo aku xsilap...dan bermula la kisahnya disini....

ermmm apa aku nak cite sbnrnya ek?ehehhehehe...
ok,sbnrnya bukan cite die yg aku nak cite tp value yg ada dalam cite ini yg membuatkan aku tertarik tgk smpai snggup tgk berterusan selama 3 hr di tempat keje..opssss kantoi!!

sbnrnya die datang bekerja disitu tujuan tuk mnjadik chef pembuat pasta,akan tetapi owner memberikan die keje sbgai waiter shj sbg permulaan...dan ini membuatkan die depressed and really down kerana xberminat ngn keje sbg waiter...
1st skali,
apa yg menarik skali disini ayat2 senior kt die "guys who don't focus on the work in front of them don't have the right to talk about their dreams"..."u have no right to talk about ur dream if u can't deal with things right in front of u"...
ayat ini sbnrnya mmbawa maksud yg amat mendalam terhadap diri aku sndirik sbnrnya....aku ada byk sgt impian,cita2.nak bukak ini bukak itu,jadik ini jadik itu...tapi keje yg ada sekarang ni pon aku sbnrnya xmampu nak buat..
im never focus,never interested with my current job..aku hanya banyak membuang masa di ofis tanpa faedah....

kedua,bab lain yg menarik bila die byk melakukan kesalahan...ni ayat dr bos die pulak
"do u know who pays the wages of people like u who are currently useless and can't do their jobs?
people who can do their jobs are supporting those who can't"..
huhu,aah kan tuk orang2 yg xtau pape buat keje cam aku contohnya sape yg support tuk aku dibyr gaji?bukanlah kompeni itu sndirik sbnrnya,tapi org yg berpengalaman,org yg mampu buat tugasannya dgn baik tu lah sbnrnya yg support pendapatan tuk org2 sprti aku krn org2 ini lah yg akan menjana pendapatan dan keuntungan untuk syarikat...tanpa mereka cane income nak dpt?betol ke x???

tetapi setiap kesalahan yg kita buat xde maknanya kita menyesal kerana perkara yg da lepas xkan dapat diubah lagi..tuk perkara ni ayat boss die
"it can't be helped if you made mistakes.
you can't change the past.
the important thing is that you think properly about why you made mistakes".

so,belajarla dari perkara lepas tuk memperbaiki diri kita..kita adalah manusia biasa,takkan lari dari melakukan kesilapan..nobody is perfect..
but if we never learn from the past we will never growth.dat's why we need to learn from history and mistake..am i rite or not?

ingatlah,setiap kejayaan yg ada bukanlah satu perkara yg mudah dan mesti dibayar dengan harga yg tinggi,penat lelah,usaha yg keras dan pengorbanan.
if u want something,when u want something
u have to sacrifice something in exchange...
setiap perkara pasti ada pengorbanan sblum dapat mencapai sesuatu perkara yg kita ingini...yang penting semangat yg kental,usaha yang gigih and never give up!

cite ni sbnrnya byk membawa mesej yg tersirat mngenai pengorbanan,kegigihan,usaha yg tiada batas,kecekalan,ketabahan,kekuatan dalaman dalam setiap insan untuk berjaya dalam hidup...ingatlah tiada yg percuma dalam hidup ini..

so,lets start,
"everyone is bambino"...bambino is mean "baby,young,new,fresh"...why bambino??
jom mulakan idup kita sbg bambino,yg mmbawa makna kita bermula semula dari basic,dari awal dan bersedia tuk menempuh halangan,cabaran,dugaan sblum berjaya dalam hidup..barulah perjalan hidup ini lebey menarik dan mencabar..insyaallah

opsss,terlupa..ada satu lg dialog yg menarik dalam cite ni..
"not every single men are men from the start,
after they survice from all obstacle,
they will become a men"...paham x?kalo xpaham buat2 paham la ehehhehehe...

p/s:ending cite kalo nak tau tgkla sndirik yerk,kalo cite sume xbest pulak nnti huhu..

renung-renungkan dan selamat beramal..

PERBANDINGAN ANTARA PERFUME ORIGINAL DAN PERFUME TIRUAN  

Posted by agHoo in

Ramai di antara pengguna tidak dapat membezakan sama ada perfume yang dijual itu original atau tiruan. Kebanyakan mereka yang menjual perfume di internet mahupun di luar boleh meletakkan perkataan 'ORIGINAL' dengan sesuka hati. Sebenarnya agak sukar juga untuk membezakannya kerana pengeluar barang-barang tiruan amat bijak serta mempunyai teknik dan peralatan digital moden serba canggih yang boleh menghasilkan cetakan yang baik. Mereka mampu menghasilkan replika yang hampir serupa dengan perfume berjenama terkenal seluruh dunia dalam pasaran hari ini.

Jika dilihat secara kasar, perfume tiruan mempunyai nama dan bentuk tulisan yang sama dengan perfume original, botol yang hampir sama serta kotak dan bau yang hampir serupa. Ia boleh didapati daripada pengedar dengan harga yang terlalu murah atau lebih teruk, harganya sama dengan yang original. Sebagai pengguna anda mungkin tidak pasti atau tidak tahu langsung bahawa perfume tersebut adalah tiruan. Jadi berhati-hati.

Penghasilan dan penjualan barangan tiruan adalah masalah yang dihadapi di seluruh dunia. Berjuta-juta barangan cetak rompak dikeluarkan dan dijual setiap tahun. Dianggarkan lebih 10% perfume di dalam pasaran adalah tiruan.

RISIKO KESIHATAN
Perfume tiruan tidak menjalani ujian standard keselamatan yang dimestikan kepada semua produk kosmetik seluruh dunia. Untuk mendapatkan harga yang murah, sudah tentulah kandungannya juga mengandungi bahan-bahan yang murah dan akan menyebabkan alahan kepada pengguna yang mempunyai kulit yang sensitif dan mungkin juga boleh meninggalkan kesan kecacatan yang nyata.

BERHATI-HATI DENGAN STOK LAPUK ATAU SUDAH ROSAK
Perfume boleh rosak. Jangka masa untuk ia rosak bergantung kepada suhu, cahaya dan lama ia disimpan. Kadangkala apabila sesuatu kedai yang menjual perfume ditutup, mereka menjual stok perfume mereka yang sudah lama. Perfume-perfume yang sudah lapuk ini biasanya dijual di laman lelongan, kedai-kedai diskaun pada harga yang sangat-sangat murah. Jangan tertipu. Sentiasa pastikan yang penjual menjual perfume yang masih segar(baru), bukan stok lama.

Bagaimana anda boleh mengenalpasti bahawa ia adalah perfume tiruan atau original? Di sini tips mudah bagaimana untuk membezakan antara perfume original dan tiruan.

20 perkara yang harus diambil perhatian:

1. Pastikan penjual mempunyai reputasi dan dipercayai.

2. Pembungkusan. Semak kualiti pembungkusan seperti kotak dan rasa ketebalan dan kejelasan tulisannya. Perfume yang original tulisan brand perfume itu tidak pudar dan hilang walaupun sudah lama dipakai. Cuba rasa dengan jari tulisan adalah timbul dan bukan dicop. Walaupun kadangkala cara begini bukan boleh dijadikan ukuran, tetapi biasanya perfume yang original mempunyai kualiti pembungkusan yang sangat bagus.

3. Semak tanda-tanda gam berlebihan untuk melekatkan kotak dan sebagainya sebab perfume original tiada lebihan gam. Pembungkusannya amat teliti.

4. Kotak luaran. Semak kualiti dan bahan yang digunakan - ketebalan dan warna - tanda-tanda lipatan dan pinggiran kotak tersebut.

5. Cetakan. Semak informasi yang dicetak pada luaran kotak. Saiz, Negara ia dikeluarkan, salah ejaan, logo dan cap dagang (trademark). Semak cara cetakan - biasanya diembos dan mempunyai kualiti cetakan yang sangat berkualiti dan biasanya sticker berwarna lutsinar, perak atau tulisan berwarna keemasan, perak dan hitam.

6. Semak Nombor Batch.

7. Dalam kotak. Semak kualiti keseluruhan bahan digunakan. Warna dan saiz.

8. Bentuk botol. Semak kualiti keseluruhan botol. Tinggi, lebar dan design dan bentuk botol. Botol yang original adalah solid.

9. Kaca botol. Semak keseluruhan kualiti. Ketebalan, kejelasan, bentuk. Kaca botol yang original adalah tebal....

10. Tudung botol. Semak saiz, warna dan bentuk.

11. Kepala penyembur. Semak kualiti keseluruhan, warna dan kehalusan atau kelicinan semasa membuat semburan.

12. Tiub dalaman penyembur. Semak kualiti. Ketebalan, panjang dan warna.

13. Label botol (utama). Semak kualiti cetakan, saiz, reka letak dan cari untuk bentuk yang diembos.

14. Label bawah. Semak kualiti cetakan, saiz dan informasi yang tepat.

15. Bar Code. Semak nombor, saiz dan sama ada ia boleh discan.

16. Warna perfume. Semak warna perfume sama ada ia konsisten atau pun tidak.

17. Minyak berlebihan. Perfume yang original kurang berminyak.

18. Bau. Semak bau sama ada ia menyenangkan atau pun tidak, kadang-kadang yang tiruan berbau bahan kimia ;)

19. Tahan lebih lama. Cuba untuk beberapa jam. Sepatutnya tahan sekurang-kurangnya 2 hingga 3 jam atau lebih.

20. Tindak balas pada kulit. Semak jika terdapat kegatalan, kemerahan, ruam atau pengelupasan.

21. Semak pada bahagian bawah botol. Biasanya kita akan dapat lihat kualitinya di bahagian bawah botol tersebut seperti tulisan diembos (timbul) dan mempunyai sticker produk.

sekian info terkini..mekasihhh..!!

Rasulullah S.A.W dengan Sebiji Limau  

Posted by agHoo in

Suatu Hari Rasulullah SAW didatangi oleh seorang wanita kafir. Ketika itu
baginda bersama beberapa orang sahabat. Wanita itu membawa beberapa biji
buah limau sebagai hadiah untuk Baginda. Cantik sungguh buahnya. Siapa
terlihat pasti terliur. Baginda menerimanya dengan senyuman gembira.

Hadiah itu dimakan oleh Baginda Rasulullah SAW seulas demi seulas dengan
senyuman. Biasanya Rasulullah SAW akan makan bersama para sahabat, namun
kali ini tidak. Tidak seulas pun limau itu diberikan kepada mereka.
Rasulullah SAW terus makan. Setiap kali dengan senyuman, hinggalah habis
semua limau itu.

Kemudian wanita itu meminta diri untuk pulang, diiringi ucapan terima
kasih dari baginda. Sahabat-sahabat agak hairan dengan sikap Rasulullah
SAW itu. Lalu mereka bertanya. Dengan senyuman Rasulullah menjelaskan
'Tahukah kamu, sebenarnya buah limau itu terlalu masam semasa saya
merasainya kali pertama. Kiranya kalian turut makan bersama, saya
bimbang ada di antara kalian akan mengenyitkan Mata atau memarahi wanita
tersebut.

Saya bimbang hatinya akan tersinggung. Sebab itu saya habiskan
semuanya'. Begitulah akhlak Rasullullah SAW. Baginda tidak akan
memperkecil- kecilkan pemberian seseorang biarpun benda yang tidak baik,
Dan dari orang yang bukan Islam pula.

"Selemah-lemah manusia ialah org yang tidak boleh mencari sahabat Dan
orang yang lebih lemah dari itu ialah orang yang mensia-siakan sahabat yang
telah
dicari"-Saidina Ali

pengajaran:-
Jganlah kita memperlekehkan hadiah pemberian dari org lain,terimala seadanya biarpun xcantik dimata kita,bersyukurla ngn pemberian n jgn nak komen2 pulak org kasik...

top player transfer  

Posted by agHoo in

No. Player's Name Pos. From To Fee
1. Deco (Por) AM Barcelona (Spa) Chelsea (Eng) £8m
2. Daniel Alves (Bra) RB Sevilla (Spa) Barcelona (Spa) £25.33m
3. Peter Crouch (Eng) ST Liverpool (Eng) Portsmouth (Eng) £11m
4. Jo (Bra) ST CSKA Moscow (Rus) Manchester City (Eng) £19m
5. Alberto Gilardino (Ita) ST AC Milan (Ita) Fiorentina (Ita) £11.15m
6. Hatem Ben Arfa (Fra) WG Lyon (Fra) Marseille (Fra) £8.7m
7. Jens Lehmann (Ger) GK Arsenal (Eng) VfB Stuttgart (Ger) Free
8. Gregory Coupet (Fra) GK Lyon (Fra) Atletico Madrid (Spa) £1.18m
9. Olof Mellberg (Swe) CD Aston Villa (Eng) Juventus (Ita) Bosman
10. Jose Bosingwa (Por) RB FC Porto (Por) Chelsea (Eng) Undisc.
11. Johnny Heitinga (Ned) CD Ajax Amsterdam (Ned) Atletico Madrid (Spa) £8.06m
12. Samir Nasri (Fra) MF Marseille (Fra) Arsenal (Eng) £11.93m
13. Jefferson Farfan (Peru) ST PSV (Ned) Schalke 04 (Ger) £11.09m
14. Amauri (Bra) ST Palermo (Ita) Juventus (Ita) £17.97m
15. Edmilson (Bra) CD Barcelona (Spa) Villarreal (Spa) Bosman
16. Thomas Buffel (Bel) ST Rangers (Sco) Cercle Brugge (Bel) Undisc.
17. Harry Kewell (Aus) LW Un-attached Galatasaray (Tur) Free
18. John Arne Riise (Nor) LB Liverpool (Eng) AS Roma (Ita) Undisc.
19. Mista (Spa) ST Atletico Madrid (Spa) Deportivo la Coruna (Spa) Free
20. Tomas Ujfalusi (Cze) CD Fiorentina (Ita) Atletico Madrid (Spa) Bosman
21. Andreas Isaksson (Swe) GK Manchester City (Eng) PSV (Ned) Undisc.
22. Hans-Jorg Butt (Ger) GK Benfica (Por) Bayern Munchen (Ger) Free
23. Bobby Zamora (Eng) ST West Ham United (Eng) Fulham (Eng) Undisc.
24. Fernando Navarro (Spa) LB Mallorca (Spa) Sevilla (Spa) £3.95m
25. Ivan Klasnic (Cro) ST SV Werder Bremen (Ger) Nantes (Fra) Bosman

and the latest news is ronaldinho set to move to ac milan(21 million euros (C$33.6 million))-great news for ac milan fans like me hoho..
now milan already have zambrotta,flamini and boriello combined with pato,kaka...wuoo awesome, the greatest team in da world~matsyuk~"devil smile"..
lets get back our title in champion league and serie a for the next next next season hohohohoho..

~for arsenal fans~
Arsenal Transfers:
Players In:

Aaron Ramsey (Cardiff City - Arsenal) £5million
Henri Lansbury (Arsenal Youth – Arsenal) Signed Professional Contract
Jay Thomas (Arsenal Youth – Arsenal) Signed Professional Contract
Kyle Bartley (Arsenal Youth – Arsenal) Signed Professional Contract
Thomas Cruise (Arsenal Youth – Arsenal) Signed Professional Contract
Rhys Murphy (Arsenal Youth – Arsenal) Signed Professional Contract
Sanchez Watt (Arsenal Youth – Arsenal) Signed Professional Contract
Samir Nasri (Olympique Marseilles - Arsenal) Undisclosed Fee
Players Out:

Mathieu Flamini (Arsenal - AC Milan) Free Transfer
Jens Lehmann (Arsenal - VfB Stuttgart) Free Transfer
Kerrea Gilbert (Arsenal - Leicester City) Season Long Loan
Gilberto Silva (Arsenal - Panathinaikos) Undisclosed Fee
Aliaksandr Hleb (Arsenal - Barcelona) £11.9million


so sad,hleb finaly leave but we have a lot of new young and talent players like samir nasri and ramsey..
so dun wory dude..go go go gunners..shoot d devil dis season huhu..

politik..??ilmiah???  

Posted by agHoo in

ermmm jam da menunjukkan kol 2 pg tp mata aku still xleh nak lelap,so aku mengambil kesempatan ini mencoretkan apa yg terbuku lam hati....pernah aku join satu yahoo group yg melibatkan pasal dunia IT tetapi melarat kearah dunia politik dalam topik perbincangan yahoo group itu...ada sorang mamat nih slalu post isu politic n ini kurang disenangi oleh yg kurang berminat dengan menyatakan politic menjurus ke arah perpecahan,pergaduhan sesama sendiri terutamanya melayu..dan die mncadangkan agar ahli group berbalik pada topik asal yakni computer science dan topik2 lain yang ILMIAH...dan aku terpnggil tuk menghantar pos ngn menyatakn politik juga adalah ILMIAH pe??pe die jawab???

NOTHING TO SAY la politic tu ilmiah...!!!n jangan mencampor adukkanla politik ngn agama plzzz...

hahahahahaahaha...1st skali aku rasa nak tergelak bila adanya rakyat m'sia yg berfikiran kolot seperti ini..bangang,bodoh n jahil turki tol la mamat neh...

1st skali lam islam sendiri da mnyatakan politik n agama xleh dipisahkan..islam adalah syumul n xlengkap tanpa politik..islam terdiri daripada 4 yakni munakahat(akad nikah,jual beli,etc.), ibadat(solat,etc.),muamalat(perniagaan,ekonomi) dan jinayah(perundangan,pentadbiran,politik,etc.).. so memisahkan agama n politik adalah terang2 sekular disini..

ok itu satu...tp yg menyedihkan masih ramai rakyat lg m;sia yg mngambil sikap acuh xacuh,xendah ngn politik ngn menyatakan politik itu kotor,xberminat,kita rakyat biasa xde manfaat pon amek campor,xnak terlibat n bermacam2 lg alasan yg dikemukan...

sebenarnya kita harus sedar kenapa kita kena amek tau n wajib terlibat ngn politik sbb secara langsung atau xlngsung sbnrnya memang kita akan terkena juga tempias akibat politik..
contoh paling senang,minyak naik...sbb minyak kita sume sbg rakyat terasa akan kesannya..
so,cane kita leh katakan kita xyah n xperlu terlibat pada politik...how haa???

ada juga yg xtau nk sokong mana2 so ambil keputusan duduk atas pagar cakap sume politik adalah kotor..kita sedar x yg di akhirat nnti sume tu akan dipersoal??siapakah pemimpin yg kita pilih?yg kita sokong?..seandainya kerajaan yg kita sokong tu adalah terang2 menolak islam,melakukan maksiat..xberdosakah kita ngn pilihan kita itu?amek langkah duduk atas pagar,ok andai kata kerana satu undi dr kita kerana xmengundi mnyebabkan kerajaan maksiat menang..pe kita nak jawab akhirat kelak??kita juga secara xlangsung berdosa....memangla politik tu kotor n xlari dari caci mencaci,menghina..tp perlulah kita menyokong mana2 politik yg mnjanjikan memperjuangkan islam...andai kata kerajaan itu xmelaksanakan tnggungjawab islam sprti dijanjikan,itu adalah dosa pemimpin la pula..skurang kurangnya tnggjwab kita da terlepas n dilaksanakan..

ok,berbalik pd politik itu bukan ILMIAH..adakah politik xtermasuk lam ilmiah???andai kata politik bukanla satu perkara ilmiah,maknanya hancurla negara sebab org2 bodoh je memperjuangkan politik sbb politik bkn ilmiah huhu..tanpa ilmu yg tinggi,otak yg cerdas n pintar camne nk jadik ahli politik abang2,kakak2 oi..alamak,umbang ambingla negara sbb otak xleh pakai..nanti padan kena tipu ngn negara lain jerk..nak urus negara pon xmmpu...pemimpin asyik tido hehehhee...

wahai rakyat m'sia,bangunlah kamu dari tido mu..sama2 la memperjuangkan kebenaran n menolak kejahatan..amal makruf nahi munkar

renung2kanlah n selamat beramal...~sekian~

peluk isteri boley panjang umor..  

Posted by agHoo in

Seorang suami yang memeluk isterinya untuk sekurang-kurangnya 10 saat setiap pagi akan panjang umurnya lima tahun. Pakar motivasi Datuk Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah berkata, fakta berdasarkan kajian oleh seorang pakar di Jerman mengenai hubungan antara sentuhan dan tahap kesihatan. `

`Seseorang itu boleh panjang umur jika memeluk isterinya setiap hari kerana pelukan dan sentuhan boleh menyebabkan tubuh manusia mengeluarkan pelbagai hormon termasuk
endorfin yang baik untuk kesihatan tubuh. ``Bagaimanapun, sebagai seorang Islam kita tidak harus lupa ajal dan maut terletak di tangan Allah,'' katanya ketika memberi syarahan bertajuk `Perkahwinan dan Seks: Penawar dan Rawatan Bagi Banyak Penyakit' di Persidangan Ketiga Perubatan Daripada Perspektif Islam anjuran Pusat Perubatan Universiti Malaya di Hotel Sheraton Subang di sini hari ini.

Hormon endorfin adalah sejenis bahan kimia semula jadi yang bertindak sebagai penahan sakit dan mengurangkan keresahan. Jelasnya, selain mempunyai kesan positif dari segi saintifik dan kesihatan sentuhan, pelukan dan gurau senda antara suami dan isteri juga merupakan
sunah Rasulullah s.a.w. Tambah beliau, ada kajian di Amerika Syarikat (AS) juga mendapati pelukan suami dapat mengurangkan tahap kolesterol dan meningkatkan kesihatan isteri. ``Oleh itu suami yang inginkan isterinya menurunkan berat badan digalakkan memeluk isterinya lebih kerap,'' katanya disambut dengan gelak ketawa oleh peserta persidangan itu.

Jelas beliau, hubungan seks dalam penuh rasa kasih sayang juga dapat membantu pasangan untuk awet muda dan berketerampilan menarik. ``Wanita yang mempunyai kehidupan seks yang baik dan bahagia akan lebih cenderung untuk menghiasi diri,'' kata Fadzilah

debat anwar vs shabery  

Posted by agHoo in

ermmm rasanya ramai dikalangan kita yg menyaksikan Anwar vs shabery in historic debate jam 9mlm td...tuk sape2 yg xsempat tgk tuh,rajin2 kanlah streaming video nih huhu..

part1:


part2:





Ini antara analisis awal dan segala hujah dari debat tersebut:

1.hujah dr de facto lebih bernas n berisi
2.shabery lebey banyak memnyerang peribadi dan lari dari topik asal
3.
Penonton boleh buat perbandingan dengan jelas...
DSAI lebih tenang berdasarkan hujah yang bertunjangkan fakta... tak lari dari tajuk asal... tapi si Mulut Berbuih tu tak dak fakta kukuh langsung tapi bertujuan nak serang peribadi DSAI saja...
Sekali lagi media telah berjaya memutar belitkan persepsi rakyat tentang DSAI.Lari dari tajuk perdebatan. Shaberi debat tentang peribadi DSAI.Tidak secara ilmiah langsung...lari dari format debat..



ermmm apa komen anda??????..............

Atok jangan lupa pakai lampin taw..!!hehehe...  

Posted by agHoo in



Seorang lelaki tua yang baru kematian isteri tinggal bersama anaknya, Arwan dan menantu perempuannya, Rina, serta anak pasangan itu, Viva yang baru berusia enam tahun. Keadaan lelaki tua itu agak uzur, jari-jemarinya sentiasa menggeletar dan pandangan pula semakin hari semakin kabur.
Malam pertama berpindah ke rumah anaknya, mereka makan malam bersama. Lelaki tua merasa kurang selesa menikmati hidangan di meja makan. Dia merasa amat canggung menggunakan sudu dan garpu. Selama ini dia gemar bersila, tapi di rumah anaknya dia tiada pilihan. Cukup sukar dirasakannya, sehingga makanan bersepah tanpa dapat dikawal. Bukan dia tidak merasa malu berkeadaan begitu di depan anak menantu, tetapi dia gagal menahannya. Lantaran kerap benar dijeling menantu, seleranya patah. Dan tatkala dia mencapai gelas minuman, pegangannya terlucut.
Prannnnngggggg ... !! Bertaburan kaca di lantai. Lelaki tua serba salah. Dia bangun,cuba mengutip serpihan gelas itu, tapi Arwan melarangnya. Rina masam mencuka. Viva pula kesian melihat datuknya, tapi dia hanya melihat, kemudian makan semula.
"Esok ayah tak boleh makan bersama kita," Viva mendengar ibunya berkata pada ayah, sebaik datuk menghilangkan diri ke dalam bilik.
Arwan hanya membisu. Namun sempat anak kecil itu merenung tajam ke dalam mata Arwan. Sebagai memenuhi tuntutan Rina, Arwan membeli sebuah meja kecil yang rendah, lalu diletakkan di suatu sudut bilik makan. Di situlah ayahnya menikmati hidangan bersendirian, sambil anak menantu makan di meja berhampiran. Viva pula dihalang apabila dia merengek mahu makan bersama datuknya.
Air mata lelaki tua meleleh mengenang nasibnya diperlakukan begitu. Ketika itu dia teringat kampung halaman yang ditinggalkan. Dia terkenang arwah isterinya. Lalu perlahan-lahan dia berbisik:"Miah... buruk benar layanan anak kita pada abang."
Sejak itu, lelaki tua merasa tidak selesa tinggal di situ. Hari-hari dia diherdik kerana menumpahkan sisa makanan. Dia diperlakukan seperti hamba. Pernah dia terfikir untuk lari dari situ, tetapi mengenangkan cucunya, dia menahan diri. Dia tidak mahu melukakan hati cucunya. Biarlah dia menahan diri dikelar dan dicalar anak menantu. Suatu malam, Viva terperanjat melihat datuknya makan menggunakan pinggan kayu, begitu juga gelas minuman yang diperbuat daripada buluh. Dia cuba mengingat-ingat, di manakah dia pernah melihat pinggan seperti itu.
"Oh! Ya..." bisiknya.Viva teringat, semasa berkunjung ke rumah sahabat papanya dia melihat tuan rumah itu memberi makan kucing-kucing mereka menggunakan pinggan yang sama.
"Taklah pecah lagi, kalau tak, nanti habis pinggan mangkuk mama," kata Rina apabila anaknya bertanya.
Masa terus berlalu. Walaupun makanan berselerak setiap kali waktu makan, tiada lagi pinggan atau gelas yang pecah. Apabila Viva merenung datuknya yang sedang menyuap makanan, kedua-duanya hanya berbalas senyum. Seminggu kemudian, sewaktu pulang dari bekerja, Arwan dan Rina terperanjat melihat anak mereka sedang bermain dengan kepingan-kepingan kayu. Viva seperti sedang membuat sesuatu. Ada penukul, gergaji dan pisau di sisinya.
"Eh, apa sayang buat ni? Berbahaya main benda-benda ni," kata Arwan menegur manja anaknya. Dia sedikit hairan bagaimana anaknya dapat mengeluarkan peralatan itu, sedang ia disimpan di dalam stor.
"Nak buat pinggan, mangkuk dan gelas untuk ayah dan emak. Bila Viva besar nanti, taklah susah cari. Kesian ayah, terpaksa ke bandar beli pinggan atuk," kata Viva.
Gamam mendengar jawapan anaknya, Arwan terkedu. Perasaan Rina terusik. Kelopak mata kedua-duanya bergenang. Jawapan Viva menusuk, seluruh tangkai jantung dirasa seperti dihiris sembilu. Mereka benar-benar rasa bersalah! Malam itu Arwan memimpin tangan ayahnya ke meja makan. Rina menyenduk nasi dan menuang minuman ke dalam gelas. Nasi yang tumpah tidak dihiraukan. Viva beberapa kali memandang ibunya, kemudian ayah dan akhir sekali wajah datuknya. Dia tidak bertanya, cuma tersenyum selalu bagi menyatakan rasa seronok duduk bersebelahan datuknya di meja makan. Lelaki tua itu juga tidak tahu kenapa anak menantunya tiba-tiba berubah.
"Esok Viva buang pinggan kayu tu, nak buat apa?" kata Viva pada ayahnya selepas makan.
Arwan hanya mengangguk, tetapi dadanya terus sebak
.~Hargailah kasih sayang kedua orang tua kita. Ibu bapa kita hanya satu, perginya tidak akan ada pengganti. Jadi, berbaktilah kepada mereka selagi hayat dikandung badan~

Bertaubatnya Seorg PONDAN!! INSAF!!  

Posted by agHoo in

Kisah pilu ini baru sahaja diceritakan padaku sebentar tadi. Ketahuilah kamu bahawa kisah ini adalah kisah benar... memang benar dan tidak ada yang benar melainkan benar-benar belaka ... cuma ..nama dan wataknya sahaja telah ditukarkan agar tidak menyinggung perasaan mereke-mereka yg terbabit especially VIP-VIP yang tengah dok kecut perut selepas kes Norrita !!!
Ceritanya adalah berkisar kepada kisah Ayu.( nama sebenarnya Hamdan ). Ayu adalah seorang mak nyah ataupun Pondan maupun Ponen bahkan juga suatu masa dulu lebih dikenali sebagai Bapok yang berkerja di sebuah syarikat swasta (nama dirahsiakan) di ibu negara sebagai Operator cum penyambut tetamu.
Semasa Ayu mula menjejakkan kakinya di KL, beliau tinggal bersama teman sekampungnya yang bernama Ayob di Hulu Klang. Namun, apabila Hamdan.. oopssss ... Ayu mula menukar selera dan cara hidupnya akibat terlalu taksub dengan gaya kehidupan kota metropolitan yang cukup mencabar lantaran memilih cara pemakainnnya menjadi seorang 'wanita'.
Penampilan baru nya cukup disenangi oleh mata-mata gatal jantan-jantan miang kota raya. Sekali pandang keayuannya memang terserlah ... lengguk langkahnya boleh membuat yang lumpuh pun bangun berlari ... apatah lagi kalau skirt pendeknya kegemarannya terselak bak tiupan angin ganas kenderaan yang sentiasa mundar mandir ... macam-macam ada ... Pak Abu pun boleh simpan ketayap dalam poket dulu. Keterampilan ini pun kadang-kadang membuatkan Ayob yang memang telah mahir dengan asal usul Ayu pun tak tertahan ... takut-takut ada yang patah hati nanti ...
Demi keselamatan dan menjaga maruah dan nama baik kampong mereka Ayu telah berpindah keluar dari rumah sewanya ..tak sama line lah braderrrr..
Hari demi hari berlalu dengan pantas ... kehidupan kotaraya makin mencabar ... kelibat Ayu sudah lama tidak kelihatan ... kes jenayah makin menjadi-jadi ... rogol, ragut, bunuh secara sengaja, tidak sengaja maupun tanpa disedari, buat dan buang anak. Kadang-kadang tertanya-tanya juga Ayob akan nasib rakan sekampong nya yang telah vogue gitu ...
Di pendekkan cerita yang makin memanjang, satu hari ketika Ayob berada di rumahnya sedang menonton Akademi Fantasia tiba -tiba kedengaran satu ketukan di pintu rumahnya. Bila Ayob buka pintu... dilihat didepannya seorang wanita cantik lagi Ayu ... dengan skirt pendeknya..dan rambut al-ala Norrita..Ayu menyapa Ayob. Hampir tak kenal Ayob bahawa di depannya itu sebenarnya akan kawannya si Hamdan ..(Ayu..le) disebabkan ke'Ayu"an. Di panjangkan cerita..Ayu pun masuk ke rumah sambil menangis tersedu-sedu sambil memeluk Ayob. Ayob yang terkedu dan gabrah cepat-cepat menutup pintu kerana takut-takut diintai oleh pasukan 360 TV3 maupun Edisi Siasat NTV7. Kelembutan Ayu membuatkan Ayob berasa sesuatu yang telah mula berdebar ... namun Ayob masih maintain machonya
Ayob : Pasai apa hang dok teriak nie.. .
Ayu : Yob, aku menyesai dah la nie. Aku sebenarnya nak bertaubat.. Aku tak mau dah nak pakai baju seksi-seksi lagi. Aku insaf ... insaf ... TAUBATTTTT ... aku tak mau nama dan gambag aku keluag masuk TV ataupun sorat habag macam dot dot dot tu .... isk isk isk huaaaaaa ... .
Ayob : Baguihla kalu macam tu Dan (nama timangan Hamdan semasa mereka di kampong) Aku pun selalu juga dok doa kut hang balik ke pangkal jalan. alhamdulillah ...
Ayu : Betoi lah Yob ... hang sorang lah kawan aku dunia dan akhirat .. Mulai minggu depan ... Yob aku akan berazam untuk berubah ... kali ni habis-habisan. Aku akan ... jeng..jeng..jeng ... .. .
... ...
... ...
... ...
... ...
... ...
pakai tudung dengan baju kurung ala-ala Waheeda gitu.. takmau dah dedah aurat. What do u thing Ayob ?
Ayob : #$5@&* !!! Astagfirullah... ... ..( Ingat taubat betoi-betoi )

Di tujukan kepada sesiapa yang berada berjauhan dari kampung halaman  

Posted by agHoo in

Apabila aku berada dikejauhan
Adakala ku kesepian
Asyik terkenang kampung halaman
Dan jua teman-teman
Dikala itu kan ku rasa agak kelemahan
Untuk berjuang
Melihat mereka berbahagia disamping
Yang tercinta kegembiraan ku kesepian
Mujur ada teman seperjuangan
Menyatakan kita haru teruskan
Perjugangan ini demi mencari
Keredhaan Ilahi
Masa muda dilalui hanya sekali
Pergunakannya agar kau tidak kesal
Di esok hari
Ketenangan ada disini
Tak jumpa kerana kau tak mencari
Kebahagian tersirat dihati
Tak rasa kerana kau tak
Menghayati

p/s:apa maknanya?xde maknanya pon..saje nak cakap aku blk kampong minggu nih jer huhu..
hohohohohoh balik kampong.!!hati riang..

nobody is PERFECT  

Posted by agHoo in


Seorang wanita dan kekasihnya bernikah dan acara pernikahannya sungguh megah. Semua kawan- kawan dan keluarga mereka hadir menyaksikan dan menikmati hari yang berbahagia tersebut. Suatu acara yang luar biasa dan sungguh mengesankan. Mempelai wanita begitu cantik dan anggun dalam gaun putihnya dan pengantin lelaki dengan tuxedo hitam yang gagah. Setiap pasang mata yang memandang setuju mengatakan bahawa mereka sungguh-sungguh saling menyintai dan sepadan. Beberapa bulan kemudian, si suami berkata kepada isterinya...
"Sayang, abang baru membaca sebuah artikel dalam majalah tentang bagaimana memperkuatkan hubungan dan tali pernikahan kita", katanya sambil menunjukkan majalah tersebut. "Masing-masing kita akan mencatatkan hal-hal yang kurang kita sukai dari pasangan kita. Kemudian, kita akan membahas bagaimana kita mengubah hal-hal tersebut dan membuatkan perkahwinan kita bersama lebih bahagia ...". Isterinya setuju dan mereka mula memikirkan hal-hal dari pasangannya yang tidak mereka sukai dan berjanji tidak akan tersinggung ketika pasangannya mencatat hal-hal yang kurang baik kerana ia adalah untuk kebaikan mereka bersama.
Malam itu mereka sepakat untuk berpisah tidur dan mencatat apa yang terlintas dalam benak mereka masing-masing. Esok pagi ketika sarapan, mereka sedia membincangkannya. "Abang akan mulai dulu ya", kata suami. Ia lalu mengeluarkan senarainya. Banyak sekali yang ditulisnya, sekitar 2 muka surat ... Ketika ia mulai membacakan satu persatu hal yang tidak dia sukai mengenai diri isterinya, ia memperhatikan bahawa airmata isterinya mulai mengalir ...
"Maaf, apakah abang harus berhenti ?" tanyanya. "Oh tidak, teruskan ..." jawab isterinya. Lalu si suami melanjutkan membacakan semua yang tersenarai, lalu kembali melipat kertasnya dengan manis di atas meja dan berkata dengan bahagia, Sekarang giliran sayang pula membacakan senaraimu".
Dengan suara perlahan isterinya berkata, "Aku tidak mencatat sesuatupun di atas kertasku. Aku berfikir bahawa abang sudah sempurna, dan aku tidak ingin mengubah akan dirimu. Abang adalah dirimu sendiri. Abang kacak dan baik di sisiku. Tiada satupun daripada peribadimu yang kudapati kurang ..."
Si suami tersentak dan tersentuh hatinya oleh pernyataan dan ungkapan cinta serta isi hati isterinya ... bahawa isterinya menerima dirinya seadanya. Dia kemudian tertunduk dan menangis ...
P/s: Sebelum kita mencari kekurangan orang lain, carilah kekurangan diri sendiri. Adakah kita cukup SEMPURNA untuk dibandingkan dengan orang lain?... Kalau jawapan nya YA, maka kita berbohong atau kita PERASAN.
Kerana tiada manusia yang SEMPURNA dalam dunia ini dan sentiasa ada yang perlu diperbaiki... wallahualam "Hakikatnya orang-orang yang menyayangi diri kita kerana kelebihan kita dan menerima segala kelemahan kita, sudah pastilah orang ini adalah sangat ikhlas menyayangi diri kita... INSYA ALLAH.""

Audition for new talent  

Posted by agHoo in

To all, syarikat dibawah Raja Mukhriz, Merah Maya Motion Pictures ingin mengadakan sessi ujibakat watak2 untuk filem arahan terbarunya yang bertajuk 'RANSAN' pada 12 dan 13 hb julai di kompleks Finas pada pukul 9.30 pagi sehinngga 5 petang. Semua di jemput hadir untuk sessi ujibakat dan mereka yang mempunyai ASAS PERSILATAN diberi keutamaan. Sila bawa gambar berukuran passport.
Untuk pertanyaan, boleh menghubungi Merah Maya Motion Pictures di talian 03-42514211 atau di talain ini 017-2926384(raja Hafiz).

aku membantu akro(raja hafiz) menyiarkan iklan ini kepada sesape yg berminat hehehhehe...

Mashitah owh Mashitah..apa nak jadik..??  

Posted by agHoo in

Sebenarnya kes ni da lama,tp aku nk jugak sharekan tuk tunjukkan kt korang betapa sengalnya dr mashitah nih.... ni la akibatnya apabila seorang ulama bila hati da terpesong macam2 kenyataan pon leh keluar isk isk isk nauzubillah....



dan ini pula komen dr ustaz feveret aku yg mana ustaz paling femes kt terengganu skang n makin hari makin femes yakni ustaz azhar idrus...syabas ustaz,semoga sentiasa sehat n panjang umur..



Minyak oh Minyak..!  

Posted by agHoo in

RMLITER LAMALITER BARUBEZA LITERRM
105.213.7-1.514.06
2010.427.41-3.0128.13
3015.6311.11-4.5142.19
4020.8314.81-6.0256.25
5026.0418.52-7.5270.31
6031.2522.22-9.0384.38
7036.4625.93-10.5398.44
8041.6729.63-12.04112.5
9046.8833.33-13.54126.56
10052.0837.04-15.05140.63

Contoh bagi kereta 1000cc
Ini hanya kos pergi dan balik pejabat yang mana lingkungan mileage/batuan dalam 50KM sehari di dimana saja anda berada. Dulu setiap RM50.00 yang dibelanjakan untuk isi minyak dapat 26.04 liter (tangki hampir penuh ) tetapi sekarang anda kena tambah RM 20.31 untuk jumlah liter yang sama bersamaan RM 70.31..lihat carta di atas.

Ini bermakna kalau setiap minggu anda isi minyak RM50.00 darab 4 minggu bersamaan RM200.00 sebulan. 1 tahun bersamaan 52 minggu darab RM50.00 = RM 2,600.00 setahun
Anda kena tambah perbelanjaan RM20.31 darab 52 bersamaan dengan RM 1056.12 setahun .. sedangkan subsidi tunai dibayar RM 625.00 bagi kenderaan bawah 2000cc.

Secara purata anda kena tambah sebanyak RM 88.00 sebulan.Ini belum lagi kita kira bagi kenderaan yang isi minyak secara purata RM 100.00 seminggu.
dipetik dari : www.tranungkite.net

komen:-

Tindakan Pak Lah menaikkan harga minyak secara tiba-tiba adalah satu kezaliman. Suatu tindakan yang merosakkan keharmonian keluarga, menjejaskan pendidikan, membantut kecekapan pentadbiran, dan berbagai lagi kemusnahan gaya hidup. Apa tidaknya, pasangan yang tinggal berjauhan akan semakin jarang bertemu kerana kos perjalanan yang tinggi. Keluarga yang mempunyai anak yang belajar jauh dari rumah terpaksa meninggalkan anak di asrama bagi menjimatkan kos menghantar anak ke sekolah. Kakitangan kerajaan atau swasta akan kurang motivasi kerja kerana minda mereka terganggu memikirkan pengurusan kewangan daripada sumber yang semakin menjadi kecil akibat peruntukan wang yang lebih kepada perbelanjaan petrol. Kemalangan jalan raya akan bertambah kerana ramai yang akan menggunakan motosikal untuk menjimatkan minyak. Tindakan Pak Lah merosakkan hidup kita semua. Tindakan Pak Lah juga adalah manifestasi tidak bersyukurnya kepada Allah yang menganugerahkan minyak dalam lipatan bumi Malaysia.

Begitulah gelojohnya pemimpin yang tidak bersyukur! Membalas dendam tanpa sebarang belas kasihan. Semuga Allah memberi kesabaran kepada kita semua mendepani pemimpin akhir zaman seperti ini. Amin.

Fikir-fikirkanlah...

1st writing-the beginning of story  

Posted by agHoo in

hahhahahaha ntah apa aku terpikir tiba2 pulak terasa nak menulis lam blog aku sendirik..
selama ni duk tgk blog org ajer so apa kata eden torai jugek menulis he3..
papehal sebelum itu aku nak ucapkan "assalamualaikum" kepada sesape yg mmbaca aku nya blog nih huhu...
ermmm nape tajuk aku "menjadi insan luar biasa"..hehe
sbnarnya ayat ini adalah tagline ngan apa yang ayah aku slalu nasihatkan ktku..
nak survive lam idop kita kena jadik yg luar biasa,skang orang da xpandang org yg biasa,brg biasa..skang adalah zaman yg mncabar dan org hanya mncari n memandang barang,insan yg luar biasa..knapa???lu pikirla sendirik huhu...

ermmmm sebenarnya aku nak tulis apa ni ha??
hahahhahahha...