islam dihina!!..apa perasaan anda??  

Posted by agHoo in ,

location:-Surau UM







islam telah dihina begini..apa tindakan anda sbg muslim??

pale otokkk mung..!!!  

Posted by agHoo in , ,

menjawab soalan polls yg pertama..


apakah yg membezakan manusia,jin,haiwan dan segala jenis hidupan di muka bumi ini??jwpnnya adalah AKAL.
manusia mnjadi khalifah dimuka bumi ni krn dianugerahkan akal fikiran oleh pencipta untuk berfikir..

berbalik kpd soalan pertama iaitu golongan manakah yg lebey baik iaitu golongan akademik or non academic.ramai yg memilih golongan akademik krn dikatakan golongan ini pandai,hujah yg berisi,berilmu dan seronok bwk berbincang tp benarkan hujah ini???

bg aku, perkara ini bergantung dimanakah akalnya diletakkan samada dikepala otak atau dikepala lutut..ramai org kita belajar tinggi2,ada degree,master,phd dan sebagainya tapi sekiranya die pakai kepala lutut die lebey jahil daripada org yg xde SPM..

mengatakan org yg xde pendidikan itu tidak pandai bagi aku itu kurang tepat.seorang doktor mungkin hebat dalam perubatan,lawyer mngkin hebat dalam perundangan tp bolehkah mereka jadi nelayan?jadi tukang paip or tukang rumah??
disini adalah lebey tepat jika kita mengklasifikasikan manusia kpd 2 golongan iaitu berilmu atau tidal berilmu.

ramai yg tinggi pendidikannya hebat dalam bidangnya tetapi lemah dalam pemikirannya.ramai yg rendah pendidikannya tapi hebat akal fikirannya.contohnya, tan sri syed mokhtar sndiri,hanya berpendidikan SPM tapi kemana dia sekarang??

suatu masa dahulu,dikala zaman study aku pernah terlibat dalam satu berbincangan dengan 4 org bdk kampung.salah sorang meluahkan perasaannya krn sudah 2 tahun menamatkan degree dalam engineering di sebuah univ terkemuka dalam negara.aku hny bertindak sbg pemerhati krn aku paling muda dan masih dalam kategori bdk2.bila ditanya knp xkerja lg?dijawabnya si fulan bin si fulan ini tgh tunggu kerja dengan goverment.xmau kerja dengan private dgn alasan yg pelbagai.kenapa xcari kerja kt kL jer?byk keja kt sana..dijwbnya lagi,takut terpengaruh gejala kuning disana.takut terjebak dgn rakan2.takut merokok jika berkawan dgn perokok,takut jadi bebas bila berkawan dgn kwn2 yg bebas dan pelbagai lagi alasan berunsur negatif.

DAMN!!aku menjerit...tp dalam hati jela.patutla ko smpai sekarang xdapat keja,sbb kepala otak ko sgtla BODOH!!!alasan yg sgt bodoh dan xboley diterima akal..pengaruh atau xterpengaruh itu sume atas diri ko sendirik..mana jalan ko nak pilih semuanya atas diri ko sendirik,tepuk dada keluar susu buwekk2x!!




kesimpulannya,sekiranya kita mengunakan akal kita di tempat yg sepatutnya kita akan dihormati dan sekiranya akal kita digunakan di tempat yg tak spatutnya kita akan tertinggal jauh ke belakang..



quote from my dad if face any problem:-

"benda tu(masalah) mati,xbernyawa,xberakal dan xleh bergerak sendiri untuk diselesaikan..kita manusia ni la yg hidup,ada akal,boley bergerak.fikir la dari sudut mana pun,celah mana pun sampailah benda tu dapat diselesaikan"..

keputusan pilihanraya kecil P036 Kuala Terengganu  

Posted by agHoo in ,

PAS telah berjaya memenangi kerusi Parlimen Kuala Terengganu melalui calonnya, Abdul Wahid Endut, 51 dalam pilihan raya kecil yang diadakan hari ini.

Kemenangan Abdul Wahid dalam persaingan sengit itu menyaksikan Adun Wakaf Mempelam itu mengalahkan BN yang diwakili oleh calon Umno, Dato' Wan Ahmad Farid Wan Salleh dan calon bebas Azharuddin Mamat, seorang ahli perniagaan.

Ini bermakna jumlah ahli Parlimen Pakatan Rakyat bertambah menjadi 83 kerusi, sementara jumlah ahli Parlimen BN merosot kepada 137 orang apabila dua ahli Parlimen SAPP turut meninggalkan BN baru-baru ini.

PAS mendapat 32,883 undi manakala BN 30,252, sementara undi calon Bebas adalah 193 undi, di mana PAS mendapat kelebihan majoriti 2,631 undi.

Perkara itu diumumkan oleh Pengurus Suruhajaya Pilihan Raya (SPR) Negeri di Stadium Negeri, Kuala Terengganu sebentar tadi.

Pengumuman kemenangan itu disambut gembira dengan laungan takbir dan sorakan oleh ribuan penyokong PAS dan Pakatan Rakyat yang berada di pekarangan stadiaum terbabit.

Abdul Wahid, 51 tahun adalah ADUN sejak lima penggal, lulusan Universiti Pertanian Malaysia (UPM) dalam bidang perikanan dan sains marin. Beliau memiliki rekod yang cemerlang sebagai Adun selama lima penggal dan anngota Exco Kerajaan Negeri Terengganu sepanjang tempoh 1999-2004.

berita selanjutnya.. Harakahdaily.net

polls..just vote  

Posted by agHoo in ,

just tuk survey..

1.berbincang dgn golongan manakah lebey baik?

a)akademik
b)non akademik


2.golongan mana yg anda lagi suke?

a)berfikiran terbuka
b)berfikiran tertutup


3.golongan manakah yang bagus?

a)pikiran positif
b)pikiran negative


4)apakah yg patut anda lakukan sekiranya anda dibuli?

a)melawan dgn keganasan
b)melawan dgn lembut
c)berdiam diri


sila jwb dgn menulis a,b or c shj dan nyatakan reasonnya skali..

cth:- 1)a
reason:-ikut suke aku la nak letak ape pon!
2)b
reason:-bla3x..

okeh x?hehehehe...

p/s:-just suke2 nk wat survey nak tgk result cane..hehe

tok mun oooo!!!  

Posted by agHoo in ,

sok sek sok sek byk betol isu melanda skang..
ceo xxx resign keje,ekonomi gawat bla bla bla sebok pulak ngan pilihan raya nk mnjelang tiba...

adoi br ingat nak blk kampong p/raya nih tp xjadik lepas dgr jalan mngalami jem yg melampau di na na na ganu kite..so cancel2..

kali ni p/raya akan diadakan pd 17 hb dgn pertandingan 3 penjuru,dulu kecoh smpai 5-6 penjuru.tp sebab pemilik hazlan soccer futsal ngn tok mun tarik diri tinggal la 3 ajerk iaitu pas,umno ngn bebas..yg bebas ni aku xpaham la,nape la snggup abes duit nak bertanding da mmg sah2 tak akan menangnya..baeklah kasik duit tu katku bley jugak wat byr utang ekekekke..


hazlan soccer mungkin tarik diri selepas terlampau byk isu yg ada pada die..rumors die memiliki brabus,bmw bla2 dan yg paling latest ferrari tp da sangkut kt balai hehe..sumenya lam 5-6 bijik kete mewah..umor lak xsampai 30 lagi lak tuh perghhh!!!!mantap2..betol ke x gosip psl die buat pe hnya tuhan yg tau,malas nak cite takut jadik fitnah lak..

tok mun@cek memong(nama glemer kt kampong) lak tarik diri sbb xde duit hikhik..kesian tok mun kena tipu macam2 ngn org.tp psl die tarik dirik terus aku xjadik nak blk..ambe pengikut setia cek memong!!(org kampong katakan)..wakaka..

nak gelak pon ada dgr cite mak aku psl die ni bila maklong aku nasihat die "sudoh2 la tanding mokcik eh,wat bazir pitih jer"

tok mun:"mu tau ape!!tau beranok jer!negara kita komunis duk pegang,kena berjuang la!"
(script yg betol aku xsure tp lebey kureng camtu ler hehe..)

dl time kecik2 slalu jugak aku usik die kalo time pilihanraya sbb time plihanraya jerk otak die jadik kureng betol sikit,time biasa jadik normal blk..

aku:"dh cek memong sokong mana?pas ke umno?
tok mun:"umno tu komunis!pas tu komunis!
aku:"bestu?mokcik?"
tok mun:"parti mokcik je hok islam!hok betol,hok lain komunis belake!!"
aku n d geng :"hak10x" gelak ramai2..ingat lg time tuh gelak sakan hehe..

adoii..xtaula apa sejarah ko dulu2 tok mun wei,ni msti anti benor ngan komunis neh.ada sejarah tersendirik la kot..xpenah nak tanya.

time plihanraya aritu aku g la jgk umah die ingat nk amek autograph ke ape ke.ketuk pintu die kuar umah..
tny aku ni sape ni?cis mntang2 tgh femes time tuh,bley lak die xkenal aku!

aku:"ni arih cik eh,anok kak nah.."
tok mun:arih mana?
aku:anok cek nah!!
(dulu mak aku nih jadik pembaca surat tuk die psl die buta huruf)
tok mun:ho!!br ingat..sorila ramai sgt mai jupe tok,xingat pa..
(aku senyum jerk)
aku:ho glemer lening,pah masuk tv pa..
tokmun:hehe tu la bla3x...(malas nk tulis)

tb2 stop jap,ada org kol..perghhhh!!mantap2 da pakai hp da skang..aku gelak lam ati..

abes kol..

aku:buwi gok autograph se nok tunjuk ke org lain nih..
tok mun:autograph tu menape???
aku:tu la,tandatangan tuh,sain2..
tok mun: ho,cik xreti nok sain2 eh..
aku:"hahhahahaha xpela cik wei,meh gok sini tag ke poster sute nk tampal.."

dapatla aku sekeping poster aritu yg aku tampal kt opis..siti km mintak jgk selai aritu tp nk wat cane limited edition katakan ada satu jerk..kalo jual ebay ni mau meletop!!


p/s: balik raya cina nnti aku nak bergambo ngan tok mun wakakaka..

nak belajar tangkap gambar??  

Posted by agHoo in , ,

sape2 nak belajar photography,meh join forum nih..baru ajer dibukak..sama2 bley bincangkan teknik dan masalah mengenai photography..forum ni dibukak oleh ustaz azhar idrus seorang ustaz terkenal di ganu kite..


sila bukak link ini forum digital mukmin


kalo nak tgk photo2 yg ada boley lawat di digital mukmin


okeh..see u there!!

p/s:-aku tolong promote jer ehehehe..

flag this blog..!!!  

Posted by agHoo in

attention!!


if u r muslim and love ur prophet,
please flag this blog as hate/violence..!!!

http://adibahahmed.blogspot.com/

p/s:-aduhai..dulu ahmad skang jadik ahmed pulak...