bila kau tak diperlukan lagi..  

Posted by agHoo

Perdana Menteri Malaysia pertama, Tunku Abdul Rahman Putra, telah berjaya dalam jihadnya menuntut kemerdekaan Tanah Melayu,berkuasa sebagai memimpin negara dan rakyat, namanya masyhur ke seluruh dunia, tetapi semua ahli UMNO yang lahir selepas
negara merdeka, tidak mengetahui beban duka yang
ditanggungnya hingga ke akhir hayatnya.

Pada
malam jenazah Tunku masih terbaring dalam banglo di Bukit Tunku, Kuala
Lumpur, ramai rakan dan rakyat Malaysia sedang menziarahnya, pada
sebatang pokok, di halaman banglo itu terpampang papan tanda dengan
tulisan besar ‘Rumah ini hendak dijual’.



Dalam
hujan renyai-renyai, penyokong kuat Tunku Abdul Rahman, Haji Baiza,
dari Butterworth, telah memanjat pokok itu dan membuang papan tersebut
ke dalam semak.

Itulah di antara gambaran perbuatan di kalangan orang tertentu menghina pemimpin orang Melayu dan rakyat Malaysia.

Sebaik-baik
sahaja Tunku memikul beban pemimpin UMNO, setelah
Dato Jaafar
meninggalkan parti itu pada tahun 1951, Allahyarham telah dihalau oleh
abangnya, Sultan Kedah dari istana di Alor Setar.


Sultan
Kedah tidak suka Tunku memimpin UMNO dan menuntut
kemerdekaan, kerana pada pandangan Baginda, jika Inggeris tidak
memerintah tanah Melayu ini kedudukan Raja Melayu akan terhapus dan rakyat
kebuluran.



Tunku
bersama isterinya, Syarifah Razdiah, telah terpaksa
keluar dari istana peninggalan ayahandanya pada waktu malam. Mereka
telah tinggal di sebuah rumah usang, di Telaga Air, dekat Kepala
Batas, Seberang Perai.

Wang
simpanan tidak ada, perjuangan mesti diteruskan,

Tunku terpaksa menggadaikan barang kemas isterinya untuk belanja
dapur dan melaksanakan tanggungjawab sebagai pemimpin UMNO dan orang Melayu.


Orang tempat Tunku mengadu dan meminta nasihat, ialah
Sheikh Abdullah Fahim,di sekolah agama – Daeratul Maariful Wataniah,
Kepala Batas -, Kepala Batas – Anaknya, Haji Ahmad Badawi sering datang
menziarah Tunku dan isterinya.


Sebagai
anak Raja memerintah negeri, Tunku ada ‘pencen perut’ dan wang dari
sumber-sember peninggalan ayahandanya, tetapi Tunku tidak mendapatnya,
kerana menurut peguam yang memegang amanah, ‘ada larangan’ mengeluarkan
wang kepada Tunku.



Pada tahun 1954, saya telah menemui Tunku untuk
mendapatkan bahan berita dan artikel saya untuk surat
khabar Warta Negara, Pulau Pinang, Tunku terlah
berkata antara banyak
percakapannya, “ Hang taulah, Mokhtar, saya ni anak

ghaja papa…”


Semua
orang Melayu dalam parti –parti politik yang
menentang UMNO, sentiasa menghina dan mengutuk Tunku hinggalah kepada masa

Tunku memegang jawatan Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu
kemudian
Malaysia.


Dr.
Mahathir Mohamad turut mengkritik Tunku kerana
beliau mendapati Tunku
terlalu lembut telinga dengan saudagar-saudagar
bukan Melayu. Kritikan Dr. Mahathir Mohamad itu terkandung dalam

surat beliau kepada Tunku. Beliau telah melakukan
kesilapan, kerana surat itu tidak diserahkan kepada Tunku, sebaliknya
dikirim melalui pejabat pos.



Surat itu telah dibuka oleh seorang pegawai Cina, di pejabat Perdana Menteri. Dia tidak menyerahkan surat tersebut kepada Tunku, sebaliknya dia bersama
beberapa orang UMNO yang menentang Tunku telah menyalinkan
surat Dr.Mahathir Mohamad itu dan disebar sebagai surat layang.



Akibat surat itu, Dr. Mahathir Mohamad telah dipecat dari UMNO.

Ekoran dari kritikan
itu, Dr. Mahathir Mohamad telah menulis buku dalam
bahasa Inggeris,
Malay Dilema dan diterbitkan di luar Negara.

Kementerian Dalam Negeri telah mengharamkan pengedaran dan penjualan buku
tersebut di negara itu.


Tunku
Abdul Rahman seorang pemimpin yang lembut hati – kasihan kepada orang
yang meminta dan berhajat. Kerana peruntukan gelaran ‘Dato’ (bagi negeri-negeri beraja) dan ‘Datuk’ (bagi negeri-negeri tidak beraja dan Yang Dipertuan Agong) tidak mencukupi sedangkan
individu yang berhajat terlalu ramai.



Tunku
telah mendapat akal dan dengan kelulusan Kabinet dan

Majlis Raja-Raja
Melayu, maka satu gelaran baru telah diwujudkan,
iaitu Tan Sri. Gelaran itu hak Kerajaan Pusat dan dan dikurniakan oleh Yang
Dipertuan Agong kepada individu –individu yang berkelayakan.



Pada satu hari dalam pertemuan saya dengan Tunku di rumahnya, di Pulau
Pinang, saya telah bercakap dengan Tunku kira-kira begini:



“Pak Unku, dalam sejarah Melayu, gelaran paling

tinggi, ialah Tun, mengapa pula ada Tan Sri?” Saya

bertanya.

“Ia, Tun Seri Lanang …,”jawab Tunku Abdul Rahman.



“Tapi dari mana datang gelaran Tan Sri tu, Pak

Unku?” Saya bertanya lagi.



“Hang
tau, Mokhtar, yang minta gelaran Tun, Datuk, ghamai,

gelaghan tu tak
banyak, kita terpaksa buat gelaghan baghula …,”

jawab Tunku.



Saya
merenung wajah Tunku. Tunku senyum dan berkata,

“kita ada dua oghan
yang berjuang bersama kita, Tan Cheng Lock Melaka,

Sri Sambathan di
Perak. apa salah kita ambil daghi nama depa Tan dan

Sri, jadi gelaran
Tan Sri.”



Saya ketawa. Tunku ketawa. Tawa kami jadi satu.

“Kalau macam tu, saya tak nak gelaran tu, Pak Unku,

“ saya berkata.


“Hang oghan press nak buat apa, …saya sendighi pun

tak nak gelaghan …,” sahut Tunku Abdul Rahman.







Pada
satu hari, seorang saudagar Cina telah menemui Tunku

dan meminta satu
lesen dari kerajaan dari Tunku. Dia telah

memberitahu Tunku akan
memasukkan nama anak Tunku, iaitu Tunku Ahmad Nerang

ke dalam
syarikatnya sebagai pemegang saham.



Tunku Abdul Rahman berkata, “Jangan masuk anak saya,

kalau masuk anak saya kerajaan tak lulus application

Datuk,”



“ … selagi saya jadi pm, saya tak izin anak saya

cari kekayaan dari kerajaan saya…,”kata tunku kepada

saya.



Setahu saya, tiada seorang pun anak Tunku Abdul

Rahaman yang melibatkan diri dalam perniagaan dan

mendapat pertolongan Tunku.



Setelah
Tunku berhenti dari jawatan Perdana Menteri, saya

mendapati anak Tunku
menjalankan peniagaan kecil menjahit pakaian, di

sebuah rumah lama,
Jalan Belimbing, dalam Bandar Kuala Lumpur.



Benarkah Tunku Abdul Rahman diguling oleh puak pihak

Perdana Menteri, Tun Abdul Razak Hussein? Belum ada

tertulis dalam mana-mana buku sejarah atau politik

di negara ini mengenai perkara itu.



Sesiapa
yang membaca Wikipedia bahasa Melayu, ensiklopedia

bebas, di bawah
sub-heading Kerjaya Politik - Tun Abdul Razak,

http//ms.wikipedia Tun
Abdul Razak akan dapat membaca tulisan seperti di

bawah ini:


‘Selepas
Peristiwa 13 Mei 1969, puaknya (Tun Abdul Razak) di

dalam UMNO
menggulingkan Tunku Abdul Rahman serta

mengistiharkan Keadaan Darurat
dan beliau memerintah melalui dekri sehingga 1970.

Pada 23 September
1970, Abdul Razak mewarisi Tunku Abdul Rahman

sebagai Perdana Menteri Malaysia yang kedua.’



Kira-kira
empat bulan setelah Tunku Abdul Rahman meletakkan

jawatan Perdana Menteri dan tinggal di rumah kerajaan, Bukit Tunku,

Kuala Lumpur, pada satu malam, Datuk Abdul Aziz Antara (Allahyarham),

pemilik Pustaka Antara dan saya telah menziarah Tunku di banglo

kerajaan, di Bukit
Tunku, Kuala Lumpur.



Pada ketika bercakap dengan kami, Tunku telah

menunjukkan surat dari Setiausaha Negara yang memberitahu Tunku,

supaya berpindah dari rumah itu.


“Eh,

Pak Unku,kan

Pak Unku bekas Perdana Menteri, ngapa pula suruh

pindah, kalau ia pun berilah tempoh …,” saya

berkata.



“Ia, Tunku, tak patut, sepatutnya beri Tunku duduk

di sini setahun dua lagi,” sambut Abdul Aziz Antara.



“ …ni perintah Razakla …, suruh saya pindah …, di

mana saya nak duduk …, saya tak ada ghumah …,”kata

Tunku Abdul Rahman.



“Saya dah kighim sughat kepada KSN, saya beghi tau dia,

saya tak ada ghumah,saya minta sewa ghumah ni,” ujar Tunku Abdul Rahman.


Abdul Aziz Antara dan saya merenung wajah Tunku.

Hati saya sedih merenung wajah seorang pemimpin

berjasa diperlakukan begitu.



“ … tapi KSN beritahu, tak nak sewa, depa nak jual

ghumah ni kepada saya …,” kata Tunku Abdul Rahman.



“Belilah Pak Unku …,” saya berkata.


“Ia, Tunku, baik beli …, kawasan rumah ni luas …,”

kata Datuk Abdul Aziz.


“Mana saya ada duit nak beli ghumah ni,”sahut Tunku

Abdul Rahman.

“Pak
Unku, duit pemberian kerajaan British kerana Pak

Unku bantu menjayakan
projek besar …,” saya berkata sambil merenung ke dalam dua lubuk mata
Tunku Abdul Rahman.

“Celaka, depa tipu saya …, beghi £10,000 (pound),

tak begi lagi …,” sahut Tunku Abdul Rahman.



Wajah Tunku sedih. Puan Sharifah Radhiah yang duduk

atas kerusi roda dekat kami berwajah sedih juga.


Beberapa hari kemudian, Abdul Aziz Antara telah menghubungi

beberapa orang rakan karib Tunku dalam UMNO yang kaya raya dan beberapa
orang menteri kabinet dan memohon mereka membantu Tunku membeli
banglo tersebut.Tetapi tiada seorang pun yang memberi kesanggupan.

Dengan
usaha Abdul Aziz Antara dan Melan Abdullah, seorang
saudagar Cina yang dulunya telah meminta supaya Tunku Ahmad Nerang

dimasuk ke dalam syarikatnya dan Tunku tidak membenarkannya, telah
membeli banglo itu dari kerajaan Malaysia untuk Tunku Abdul Rahman.


Di
banglo itulah, seorang pejuang kemerdekaan tanah air, Tunku Abdul
Rahman Putra telah mengakhiri perjalanan hidupnya yang berselimut sedih
dan duka.


Hajat
Tunku telah dikabulkan tuhan. Amanatnya telah
disetujui oleh Kerajaan Malaysia, jenazah tunku tidak dikebumikan di Makam
Pahlawan, dalam kawasan Masjid Negara, Kuala Lumpur.Jenazahnya
dikebumikan di makan Diraja Kedah – sebelah makam ayahandanya dan
kekandanya -, di Langgar,
dekat Alor Setar.



Tunku telah meninggalkan terlalu banyak jasanya

kepada kita. Meninggalkan contoh dan tamsil yang

boleh kita fikir bersama.



Saya
berfikiran, mungkin - bukan nujum Pak Belalang -,

sesiapa juga yang
memegang jawatan Perdana Menteri Malaysia, kecuali

meninggal dunia dan
sebelum lama makan pencen -, akan menerima nasib dan

mengikuti denai
seperti yang dilalui oleh Tunku Abdul Rahman.



Kita ketawa orang ketawa,


Kita menangis orang tidak,


Usah diharap kepada orang,


Hanya Allah tempat berserah.



p/s:-nasib dr mahathir juga sama apabila dikatakan dilayan seperti pariah selepas tidak lagi memegang jawatan..

This entry was posted on March 27, 2009 at 8:41 PM . You can follow any responses to this entry through the comments feed .

5 comments

sedihnye cerita...tp x ramai org tau ceritani..aku pun baru tau lepas baca ni...bila dah gila kuasa tu sanggup buat apa saja... dunia2

March 28, 2009 at 9:05 PM
aRo  

sedey dow aku baca huhu..

March 29, 2009 at 3:38 AM
Anonymous  

agho, sejak bila mu minat sejarah nie, pelik aku,..

April 2, 2009 at 12:53 AM

aku mmg peminat sejarah=p

April 2, 2009 at 6:30 PM

Salam agHoo,
Siapakah penulis asal? Aku kenal Allahyarham Datuk Aziz Antara dulu2. Teringin pula nak tau siapa yang turut serta dengannya ke rumah Tunku Abdul Rahman.

October 20, 2009 at 3:37 AM

Post a Comment