Hikayat Hang Too  

Posted by agHoo in

tersebutlah kisah....

pada suatu malam pada 30 july 1985,di sebuah rumah seorang nenek tua,rumah kampung yang terletak di pantai timur tersebutlah satu kisah dimana seorang ibu yg sedang sarat mengandung menantikan kelahiran anaknya yg ke-4..kira-kira pada pukul 9 malam,secara tiba2 si ibu ini terasa memulas perutnya seperti ingin membuang air besar lalu dinyatakan pada neneknya untuk ke tandas...kemudian nenek ini bingkas memimpin ibu ini untuk ke toilet memandangkan keadaannya yg sedang sarat mengandung ini..bila diperhatikan,lantas nenek yang separuh abad usianya ini yg bisa makan garam di dunia yg fana ini bingkas menjerit..."ni anak da nak kuar da ni,pegi cari bidan cepat!!"
si bapa yg terkejut dgn pantasnya keluar mencari bidan,si ibu kehairanan kerana tiada akan rasa kesakitan padanya seperti mana perit rasanya dia melahirkan anak2nya sebelum ini..
dalam keadaan cemas itu,tiba2 shaja rumah pula keputusan eletrik..keadaan menjadi agak kecoh sedikit kerana ketiadaan bantuan tenaga elektrik disaat2 genting ini..suasana menjadi sedikit gamat..

tidak lama kemudian,si bapa tiba dengan membawa seorang bidan kerajaan,tanpa membuang masa, bidan pantas melakukan kerjanya berbantukan cahaya suram dari lilin..Alhamdulillah,akhirnya seorang bayi lelaki yang comel telah selamat dilahirkan di dunia ini..tiada kesulitan terasa,hanya perasaan seperti buang air sahaja si ibu rasakan..mungkinkah itu adalah satu petanda bayi yg dilahirkan ini merupakan satu bayi yg ajaib atau gifted???(perasan)..kemudian bayi itu dinamakan MOHD ARIF BIN OMAR..sbnrnya bayi itu adalah aku,si ibu itu adalah ibuku,si bapa itu adalah bapaku,si nenek itu adalah arwah moyangku..

hehehehhe menarik x cerpen diatas...sbnrnya mak aku nak kasik nama aku mohd arif ridzuan tapi dek krn terlampau panjang, ayahku cakap pendek2 sudahla,so dibuangkanlah nama ridzuan tersebut hihi...

kenapa aku menghikayatkan kisah2 ini ek?,saje je kot,sbb aku mmg seorang pengemar sejarah hehehe...

so,dikesempatan ini aku ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada ibu bapaku yg melahirkan aku,menjaga aku,membesarkan aku tanpa mengenal penat lelah serta memberikan kasih sayang pada anakmu yg berkerenah ini..ermmm aku byk kerenah ke?x kot..

juga xlupa kepada kawan2 n sahabat handai selama aku idup 23 tahun dimuka bumi ini..byk kenangan suke dan duka bersama..mekasih semua.isk jiwang la pulak...

waahhh!!da 23 taun da umor aku rupenya,sedar xsedar cepatnya masa berlalu.da tua tp rasa cam kanak2 riang lg..adeh makin hari makin meningkat usia, makin tua makin berkedut.eh,makin tua makin byk masalahla he3.ingin aku kembali waktu kanak2 dulu..idup riang,berlari2,berkejaran hidup aman tanpa perlu memikirkan masalah...
aduhai rindunya...

This entry was posted on July 31, 2008 at 12:16 AM and is filed under . You can follow any responses to this entry through the comments feed .

13 comments

Wahh..mak kamu melahirkan kamu tanpa sebarang masalah. Tanpa sakit yang amat. Cuma perasaan mahu buang air. Memang beruntung kamu...muncul ke dunia tanpa menyakitkan mak kamu...

Kisah aku lain.. mak aku citer, dlm ramai-ramai adik beradik.. saat mak aku nak melahirkan aku, adalah saat yang paling menyakitkan..dibandingkan dengan adik beradik aku yang lain. Adik beradik aku senang je. Tak susah cam aku. Mak aku bertarung antara hidup dan mati nak lahirkan aku. Sebab tu aku tak gifted atau ajaib macam kamu gamaknya.huhuh...Masa mak aku citer tu, dalam hati aku tak habis2 mohon maaf kerana menyakitkan mak aku..huhuhuhuhu...

Eh boleh ke aku citer macam ni..
Tp takpe, kasi pengajaran supaya tak derhaka kat mak ayah..

Sebab tu, demi mak aku..aku sanggup lakukan apa saja yang dia suruh..huhu.
Rindu mak aku.
Sayang mak aku.
Sayang ayah aku gak..
Sayang adik-adik aku gak..
huhuhu

July 31, 2008 at 9:35 AM

huhu bagus2..
idup hanya skali so,
berbaktilah pada org tua selagi terdaya..

July 31, 2008 at 10:20 AM

fida ko syg DPN ngan mouli x? hahaha...

August 1, 2008 at 9:45 PM

Ajis poyo tanye soklan cenggini..
hahahhaah

ko nk tau?
Aku sayang DPN je.
Mouli erkkk.... tak sayang.. hahahhaah
Eh ko jgn bgtau mouli ajis yang aku tak sayang dia..hahaha

August 2, 2008 at 12:05 AM

DPN ngn mouli...sape tuh????

August 2, 2008 at 1:12 AM

depa tu orang-orang kesayangan ajis. DPN tu RM kitaorang la Aro. Mouli lak...erkkk. tatau sape dia..hahahha..tp dia selalu bertempet jek kt DPN..

Mouli tu abang kesayangan ajis kalau ko nak tau..ekekekke

August 2, 2008 at 10:32 AM

owh..yg buncit pendek2 tu ek?
yg slalu kuar masuk kuar masuk opis aku huhu...

August 2, 2008 at 3:32 PM

Buncit pendek?? hahaha tak baik ko..
owhh selalu kuar masuk opis ko? buat apa dia kt ctu?? huhuh
Pantau budak2 DBA lak ke? isk isk isk.. mouli ni mmg la...

August 2, 2008 at 4:12 PM

entahler...tp kehadirannya memang xdiundang nak main game pon susah wakakaka...

August 3, 2008 at 1:18 PM

"akhirnya seorang bayi lelaki yang comel telah selamat dilahirkan di dunia ini..tiada kesulitan terasa,hanya perasaan seperti buang air sahaja si ibu rasakan..mungkinkah itu adalah satu petanda bayi yg dilahirkan ini merupakan satu bayi yg ajaib atau gifted???"...haktuii..geli aku dgr..huahuahua
aghoo..hepi belated besday yer..heheh

August 4, 2008 at 12:03 PM

ahahahha..saje jek jeles la tuh huhu..

thanx 4 da wish..

August 4, 2008 at 9:51 PM

hepi belated besday aghoo..
mkn byk2 sket ek...jgn diet2...
bile angin kuat jgn plak dok luar umah k, takut melayang..aku xde nk selamatkan ko... :P
kehkehkeh..

p/s: sowi agho..aku mmg suke menyakat

August 10, 2008 at 8:59 PM

ko tu makan byk2 sikit..
diri sndirik xckp berat ckp kt aku hohohoho...

August 11, 2008 at 12:52 PM

Post a Comment