Minyak oh Minyak..!  

Posted by agHoo in

RMLITER LAMALITER BARUBEZA LITERRM
105.213.7-1.514.06
2010.427.41-3.0128.13
3015.6311.11-4.5142.19
4020.8314.81-6.0256.25
5026.0418.52-7.5270.31
6031.2522.22-9.0384.38
7036.4625.93-10.5398.44
8041.6729.63-12.04112.5
9046.8833.33-13.54126.56
10052.0837.04-15.05140.63

Contoh bagi kereta 1000cc
Ini hanya kos pergi dan balik pejabat yang mana lingkungan mileage/batuan dalam 50KM sehari di dimana saja anda berada. Dulu setiap RM50.00 yang dibelanjakan untuk isi minyak dapat 26.04 liter (tangki hampir penuh ) tetapi sekarang anda kena tambah RM 20.31 untuk jumlah liter yang sama bersamaan RM 70.31..lihat carta di atas.

Ini bermakna kalau setiap minggu anda isi minyak RM50.00 darab 4 minggu bersamaan RM200.00 sebulan. 1 tahun bersamaan 52 minggu darab RM50.00 = RM 2,600.00 setahun
Anda kena tambah perbelanjaan RM20.31 darab 52 bersamaan dengan RM 1056.12 setahun .. sedangkan subsidi tunai dibayar RM 625.00 bagi kenderaan bawah 2000cc.

Secara purata anda kena tambah sebanyak RM 88.00 sebulan.Ini belum lagi kita kira bagi kenderaan yang isi minyak secara purata RM 100.00 seminggu.
dipetik dari : www.tranungkite.net

komen:-

Tindakan Pak Lah menaikkan harga minyak secara tiba-tiba adalah satu kezaliman. Suatu tindakan yang merosakkan keharmonian keluarga, menjejaskan pendidikan, membantut kecekapan pentadbiran, dan berbagai lagi kemusnahan gaya hidup. Apa tidaknya, pasangan yang tinggal berjauhan akan semakin jarang bertemu kerana kos perjalanan yang tinggi. Keluarga yang mempunyai anak yang belajar jauh dari rumah terpaksa meninggalkan anak di asrama bagi menjimatkan kos menghantar anak ke sekolah. Kakitangan kerajaan atau swasta akan kurang motivasi kerja kerana minda mereka terganggu memikirkan pengurusan kewangan daripada sumber yang semakin menjadi kecil akibat peruntukan wang yang lebih kepada perbelanjaan petrol. Kemalangan jalan raya akan bertambah kerana ramai yang akan menggunakan motosikal untuk menjimatkan minyak. Tindakan Pak Lah merosakkan hidup kita semua. Tindakan Pak Lah juga adalah manifestasi tidak bersyukurnya kepada Allah yang menganugerahkan minyak dalam lipatan bumi Malaysia.

Begitulah gelojohnya pemimpin yang tidak bersyukur! Membalas dendam tanpa sebarang belas kasihan. Semuga Allah memberi kesabaran kepada kita semua mendepani pemimpin akhir zaman seperti ini. Amin.

Fikir-fikirkanlah...

This entry was posted on July 6, 2008 at 11:21 AM and is filed under . You can follow any responses to this entry through the comments feed .

1 comments

Anonymous  

Hohoho..
Aku x kesah pon kenaikan harga minyak..itu x menjejaskan aku..kesian korang~

July 6, 2008 at 3:48 PM

Post a Comment