Suatu Hari Rasulullah SAW didatangi oleh seorang wanita kafir. Ketika itu
baginda bersama beberapa orang sahabat. Wanita itu membawa beberapa biji
buah limau sebagai hadiah untuk Baginda. Cantik sungguh buahnya. Siapa
terlihat pasti terliur. Baginda menerimanya dengan senyuman gembira.
Hadiah itu dimakan oleh Baginda Rasulullah SAW seulas demi seulas dengan
senyuman. Biasanya Rasulullah SAW akan makan bersama para sahabat, namun
kali ini tidak. Tidak seulas pun limau itu diberikan kepada mereka.
Rasulullah SAW terus makan. Setiap kali dengan senyuman, hinggalah habis
semua limau itu.
Kemudian wanita itu meminta diri untuk pulang, diiringi ucapan terima
kasih dari baginda. Sahabat-sahabat agak hairan dengan sikap Rasulullah
SAW itu. Lalu mereka bertanya. Dengan senyuman Rasulullah menjelaskan
'Tahukah kamu, sebenarnya buah limau itu terlalu masam semasa saya
merasainya kali pertama. Kiranya kalian turut makan bersama, saya
bimbang ada di antara kalian akan mengenyitkan Mata atau memarahi wanita
tersebut.
Saya bimbang hatinya akan tersinggung. Sebab itu saya habiskan
semuanya'. Begitulah akhlak Rasullullah SAW. Baginda tidak akan
memperkecil- kecilkan pemberian seseorang biarpun benda yang tidak baik,
Dan dari orang yang bukan Islam pula.
"Selemah-lemah manusia ialah org yang tidak boleh mencari sahabat Dan
orang yang lebih lemah dari itu ialah orang yang mensia-siakan sahabat yang
telah
dicari"-Saidina Ali
pengajaran:-
Jganlah kita memperlekehkan hadiah pemberian dari org lain,terimala seadanya biarpun xcantik dimata kita,bersyukurla ngn pemberian n jgn nak komen2 pulak org kasik...
Instagram
8 years ago