di hari raya..terkenang daku!!  

Posted by agHoo in ,

hari raya menjelang tiba,ramadhan berlalu pergi bererti berlalu sudah bulan penuh
keberkatan,kerahmatan dan kesucian..ramadhan yg lalu boleh dilihat dimana2 surau
atau masjid sntiasa dipenuhi manusia,masjid2 sentiasa diimarahkan,seperti satu
pesta diadakan..berlalu perginya ramadhan bererti munculah kembali syaitan2
datang menyesatkan manusia dan jelas dapat dilihat dimana masjid2,surau makin
sunyi yang tinggal hanyalah pak2 imam dan bilal yg masih setia berkunjung...

di malam itu,agak berat kakiku tuk melangkah pegi.kugagahkan jua akhirnya..
selepas solat isya' takbir raya kedengaran..aku mencari amil tuk menyelesaikan

bayaran zakatku..kalo lambat takut xsmpat,sok da nak raya..
org agak ramai membuatku agak lambat tuk sampai giliran..selesai saja urusanku,
ku melihat jemaah berpusu-pusu masuk kembali ke dalam masjid.lampu

dipadamkan,tiba2 kedengaran suara menyeru LAILAHAILLALLAH berulang2 kali sambil
diikuti oleh jemaah tadi..aku menyusul masuk menyusuli jemaah2 yg lain sambil
sama2 menyeru kalimah ALLAh itu..makin lama makin kuat makin lama makin
bersemangat memecahkan kehangatan malam raya itu..itulah surau Al-Ikhwan yg
terletak di gelong bilal..dek surau lain sudah memadamkan lampu kerna jemaah2
pulang tuk membuat persiapan raya tp disini masih meriah bgaikan satu pesta..
jemaah masih penuh sampai melimpah ke luar xkira tua,muda,lelaki,wanita malahan
anak2 kecik juga turut serta..

tiba-tiba,suara yg nyaring tadi berhenti seketika..ALLAHUAKBAR!!imam mengangkat
takbir sambil diikuti jemaah2 yg ada termasukla aku..kami berjemaah mngerjakan
solat sunat tasbih untuk menghapuskan dosa2 yg ada diimami oleh bekas Adun Ladang
iaitu YB DR Sulaiman,seorang doktor yg hebat ilmu dunia dan juga akhirat. inilah
pemimpin yg kita mahukan!!

selepas fatihah diikuti surah lain disambung dgn tasbih memuji Allah,SUBHANALLAH
WALHAMDULILLAH WALAILAHAILLAH WaLLAHUAKBAR..!!sayup2 kedengaran,hatiku agak
tersentak!terasa ngilu dalam hati..aduh!banyaknya dosa hambamu ini ya ALLAH..
solat diteruskan lagi diikuti dgn tasbih setiap kali gerakan diadakan..da nama
pon solat tasbih kan.selang antara 2 rakaat sblom disambung 2 rakaat lagi,
doctor memulakan zikir munajad...owh,tenangnya,damainya hati ini kurasakan..
bersyukur kurasakan kerana turut hadir malam ini walaupun terpaksa pergi kerana
ajakkan bapakku..akulah antara manusia plg beruntung malam itu,Alhamdulillah..

Di hari raya ini,
untuk org-org bertakwa,
selain mereka tidak layak,
merayakannya...

terbayang pula lagu nasyid ini di benak kepala...layakkah aku merayakan hari raya
ini???byk sgt dosa pada diri ini..aku berdosa padamu ya Allah,ma
bak,abg,kakak,adik2,kawan2,guru2,boss,manusia2 lain termasukla binatang..
ampunkan dosa hambamu ini!!!Aminnn...

kini,ramadhan berlalu pergi berganti syawal kunjung tiba.setan2 mula berkeliaran
mencari mangsa..aduh,akula salah sorang mangsa itu.kini aku kembali sperti dulu.
insafku,insaf sekejap sahaja.adakah taubatku akan diterima lagi...??

This entry was posted on October 7, 2008 at 10:56 PM and is filed under , . You can follow any responses to this entry through the comments feed .

6 comments

puitis sungguh.x sangke aku.kehkeh.

October 8, 2008 at 12:13 AM

rasa mcm pernah ku kenal YB DR Sulaiman itu...

Apa kata lepas bulan pose ni ko gi la mengimarahkan surau dan masjid tu bersama imam dan bilal... lagi bagus...suatu hari nnti mana tau leh ganti YB DR Sulaiman lak. InsyaAllah.. Aku doakan yang terbaik untuk member2 aku..

October 8, 2008 at 11:02 AM
This comment has been removed by the author.
October 8, 2008 at 11:02 AM

mmg nk istiqamah buat baik tu susah..tp terusknlh mencuba n mencuba

renung2kn...slmt beramal..:) -Prof Noni..heheh

October 9, 2008 at 12:53 AM

bykke dosa mu aro???sama2 la kita pikir..huhu.byk jgak kan..adeh

October 9, 2008 at 3:17 PM

lamanya aku xsinggah usha blog aku sndiri neh huhu..

October 12, 2008 at 11:08 AM

Post a Comment