Tioman mitos  

Posted by agHoo in ,

hehehe sempena trip kita ke tioman tak lama lagi..

Bagaimana sejarah Tioman memperoleh namanya?
AL-Kisahnya golongan tua pulau itu bertemu pada satu hari untuk menentukan nama pulau berkenaan. Mereka menimbangkan beberapa nama. Ketika itu seorang budak lelaki berlari mengejar burungnya, seekor burung Tiong. Apabila ditanya apa dia kejar, budak itu menjawab Tiong Man (tiong [Man] saya). Seorang daripada orang tua itu berkata mengapa tidak kita panggil pulau ini Tiongman dan kesemua mereka bersetuju. Dengan peralihan masa, nama itu berubah kepada Tioman.


Mitos juga menyatakan Pulau Tioman sebenarnya adalah daripada seekor naga yang sedang berhenti rehat di tengah laut dan kini menjadi sebuah pulau..

dikatakan juga pulau ini dijaga dengan rapi oleh 'penjaganya' menyebabkan ianya tidak dicemari oleh pembangunan.

Ada seorang hamba ALLAH ni, dia pernah berkerja sebagai penyelam scuba untuk salah satu resort di Pulau Tioman. Sepanjang dia berkerja di sana, dia banyak terjumpa barang-barang antik di pulau tersebut. Samaada dia terjumpa atau 'benda' tersebut yang bagi. Kebanyakkan barang2 dijumpai di pesisiran pantai, di dalam hutan dan di dasar laut pulau tersebut. Barang pertama yg dijumpainya ialah Keris Jawa yang mengeluarkan bau yang teramat busuk. Disusuli dengan beberapa keris lagi, batu permata, cincin batu dan duit syiling arab.

itu salah satu cerita misteri yang berlaku di tioman dan banyak lagi sebenarnya terjadi melalui mulut ke mulut..


BIARPUN apa yang terjadi biarkannya ianya terjadi namun pulau peranginan tersohor di perairan negeri Pahang ini kini berhadapan dengan tempias komersialisasi yang mungkin membuatkan kelompok pencinta alam sekitar menggelengkan kepala..

Namun kewujudan Pulau Tioman sebagai sebuah destinasi percutian hebat masih boleh dibanggakan.
rekodnya pernah disenaraikan oleh majalah Time sekitar tahun 1970-an sebagai antara 10 pulau tercantik di dunia. Apa yang kekal di Pulau Tioman hari ini nyata adalah warisan kebanggaan tersebut.


p/s:-jom cuti-cuti malaysia..

This entry was posted on March 26, 2009 at 1:09 AM and is filed under , . You can follow any responses to this entry through the comments feed .

5 comments

Nk gi bercuti ke tioman?? tak ajak pun:(

March 26, 2009 at 7:05 AM

"golongan tua" kat pulau tu sp weh??

March 26, 2009 at 9:57 AM

ada org bgtau aku tioman tu kt terengganu..haha..kalo dia ckp kt johor,aku bleh terima lg..tp ni kt terengganu..huh,fail geog..

March 26, 2009 at 1:31 PM

fida-->hehe jom2..

as-->buat2 tanya lak..tanya la matsyuk hehe..

lyter-->aku tau siapakah gerangan org itu huhu..

March 26, 2009 at 7:41 PM

Wess.Aku delete dh page dulu.Yang baru ni ..jom masuk!!Jangan malu,jangan segan!!

March 27, 2009 at 6:16 PM

Post a Comment