Kisah Tiga Budak Hitam  

Posted by agHoo in

Tiga orang budak hitam berjalan-jalan di atas pasir di persisiran sebuah pantai. Tiba-tiba seorang dari mereka tertendang sebiji botol. Beliaupun mengambil botol tersebut. Botol tersebut tertutup rapat dengan penutup gabus. Kesemua mereka keheranan dan tertanya-tanya apa yang ada di dalam botol tersebut. Lalu salah seorang dari mereka pun membukanya. Terbuka sahaja botol tersebut, keluarlah jin yang amat besar.

Jin tersebut ketawa-terbahak-bahak lalu berkata " Siapakah engkau hai manusia yang telah membebaskan aku? Aku telah terkurung dalam botol ini selama 100 tahun. Dalam masa terkurung aku telah bersumpah akan memberikan 3 permintaan siapa yang membebaskan aku dari botol ini.. Nah! Sekarang kamu semua pintalah apa-apa, akan aku tunaikan permintaanmu"

Ketiga-tiga budak hitam itu mulanya terkejut tetapi bergembira apabila jin tersebut menawarkan untuk menunaikan permintaan mereka. Jin pun berkata kepada budak yang pertama, " Pintalah!" Budak hitam pertama pun berkata . "Tukarkanlah aku menjadi putih supaya aku kelihatan lebih gagah" Jin pun menunaikan permintaannya. Lalu budak itu pun menjadi putih. Jin pun berkata kepada budak hitam kedua,"Pintalah!".

Budak hitam kedua pun berkata ." Tukarkanlah aku menjadi putih dan kelihatan gagah, lebih putih dan gagah daripada budak yang pertama". Jin pun menunaikan permintaannya. Lalu budak itu pun menjadi putih dan gagah lebih dari pada budak yang pertama. Jin pun berkata
kepada budak hitam ketiga, "Pintalah!". Budak hitam ketiga pun berkata ."Tukarkanlah aku menjadi putih dan kelihatan gagah, lebih putih dan gagah daripada budak yang pertama dan kedua".

Jin pun berkata. " Tidak, permintaan itu tidak dapat aku perkenankan. Pintalah yang lain..." Budak hitam ketiga keheranan dan terfikir-fikir apa yang mahu dipintanya.

Setelah lama berfikir, budak hitam ketiga pun berkata " Kalau begitu, aku pinta kau hitamkan kembali rakan aku yang dua orang itu" Lalu jin pun tunaikan permintaannya. Kembalilah asal hitam kedua-duanya. Jin pun berlalu dari situ dan ketiga-tiga mereka tercengang-cengang dan tidak memperolehi sesuatu apa pun.

Moral:
Sikap dengki, cemburu dan irihati seringkali bersarang di hati manusia. Manusia tidak suka melihat orang lain lebih dari mereka dan mengharapkan mereka lebih dari orang lain. Mereka juga suka melihat nikmat orang lain hilang. Sikap ini sebenarnya pada akhirnya merugikan manusia sendiri.

This entry was posted on August 8, 2008 at 3:28 AM and is filed under . You can follow any responses to this entry through the comments feed .

4 comments

Seperti pernah ku dengar cerita ini. Tapi di mana ya?

Hehehe..it's human then. human yang ada hati yang hitam mmg penuh dengan sifat dengki terhadap orang lain...

WaAllahualam..

August 8, 2008 at 10:28 AM

hehehe yg pasti cite ni memang bukan ciptaan sendirik hehe..

sekadar berkongsi cerita sebagai renungan bersama...

ramai manusia skang cuba saling jatuh n menjatuhi sesama sendiri dek kerna kerakusan dan nafsu terhadap harta dan kuasa..

August 8, 2008 at 10:41 AM

Dan ramai juga yang suka kipas mengipas, biasa la kan keje kt company2 ni... dengan sendirinya perbuatan kipas mengipas lahir dari nafsu yang inginkan kuasa dan automatik akan menjatuhkan orang lain.

Erkk..ckp bab kipas-kipas pulak. Sebab tadi orang kene kipas.. Bukannye kipas tangan yang diguna..tp kipas yang besarr uuu..
huhh!!.. abis melayang semua!.

August 8, 2008 at 11:58 AM

kipas kipas susah mati..GEMPAK comic

August 10, 2008 at 5:01 PM

Post a Comment