politik pnya isu  

Posted by agHoo in

ni ariff shah tau bkan arif omar ha!! wakakakaka...


Calon BN bagi pilihanraya kecil Permatang Pauh, Datuk Arif Shah Omar Shah mengakui tidak menghabiskan pengajiannya di peringkat kedoktoran falsafah atau PhD selepas universiti tempat beliau belajar itu, disyaki menjual diploma dan ijazah palsu.

Beliau menjelaskan demikian selepas timbul persoalan mengenai kelayakan akademiknya.

Ketika ditemui Malaysiakini, beliau berkata, PhD itu tidak diiktiraf, jadi beliau berhenti.

Beliau diminta mengulas persoalan yang dibangkitkan di Internet, bagaimana beliau boleh meneruskan pengajian di peringkat PhD sedangkan beliau hanya berkelulusan diploma.

Sebuah akhbar berbahasa Inggeris telah menyiarkan profail pendidikan Arif Shah bahawa beliau lulusan diploma dalam kejuruteraan awam dan sedang melanjutkan pelajaran di peringkat PhD di 'Edison Universiti of Technology' (luar kampus).

Laporan tersebut telah mencetuskan debat di kalangan bloger yang tidak dapat mengesahkan kelulusan akademiknya itu kerana mereka tidak mengesan nama universitinya melalui Internet.

Arif Shah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sebarang Jaya, menjelaskan bahawa nama universiti tersebut ialah 'Edison Universiti of Technology', sebuah universiti yang didaftarkandi British Virgin Islands, yang menawarkan program pengajian jarak jauh.

Selepas membuat semakan di Internet dan dengan seorang pakar tempatan, Malaysiakini mendapati universiti tersebut telah dituduh mengeluarkan diploma palsu.

diambil dari malaysiakini

p/s:xheran pon skang ni ngn sijil beli nih,bersepah org buat terutama ahli politik kuikuikui

This entry was posted on August 22, 2008 at 9:16 PM and is filed under . You can follow any responses to this entry through the comments feed .

7 comments

betul2.. aku pun x heran kalau nak kata si polan bin si polan dr parti cap X ada 5,6 bijik PHD dr obersi..
ngeee...

sok dah pilihanraya...hurmmmm

August 25, 2008 at 9:19 AM

wah~ mu pun ado blog gak rupenye :P
dr segi penulisan, aku xsangka entry2 dlm blog mu ni mu yg tulis sbenanye..hehe papepun mmg mu pun tulis kan :P [ayat satyam]

August 25, 2008 at 11:06 PM

fida-->imam da buat pengakuan da psl bersumpah...chedet da ckp xyakin bn akan menang,samada kalah sikit atau kalah byk jer huhu..

nad-->wei nad pon ada disini ehehehehe...apekebenda mu nk oyak sbnrnya tuh????hehe

August 26, 2008 at 12:04 PM

Aku doakan BN kalah banyak...

August 26, 2008 at 1:31 PM

minat gak mu ngn politik ek..aku minat gak la..tp aku xreti/xberani nak ckp pasal politik kat blog aku

August 26, 2008 at 2:02 PM

arif omar..ko kalah teruk smlm..haha

August 27, 2008 at 10:56 AM

fida-->anwar da menang,tahniah

nad-->hehehehe itu jiwa aku,lagu dan irama xdapat dipisahkan hehehe..eh,mn mu jumpe blog aku neh?

noni-->arif shah omar shah la bukan arif omar hehehe..

August 27, 2008 at 11:48 AM

Post a Comment