peribadi  

Posted by agHoo in

kerap kali kita membicarakan org yg kita cintai atau kita hormati,yang telah lama berpisah dgn kita.kita akan ingat akan segala kebaikannya dan tidak kurang pula kita membicarakan keburukannya..

perangainya halus,hatinya suci,sikapnya jujur,perkataannya teratur dan budinya mulia.kelakuannya baik,jernih wajahnya,sbb dia memandang hidup dengan penuh pengharapan dan tidak pernah putus asa.apa yang diyakininya itulah yg diperkatakannya dan apa yang dikatakannya itulah yg diyakininya.maka dapat disimpulkan bahawa dia seorang budiman.

dia cerdas,akalnya tajam,buah fikirannya baik,terang otaknya,luas pandangannya dan jauh pandangannya..maka kita katakan bahawa die cerdas.

dia suka bergaul,suka menolong,tidak mengasingkan diri dari masyarakat,tidak memikirkan kepentingan dirinya sndiri atau keluarganya shj,tidak gila pangkat,faham akan kedudukan org lain dan merasa dirinya turut berada dalam keadaan itu.hormat kpd org tua,kasih kpd yg muda,pandai bergaul,pandai berkawan..maka kita gelarkan dia orang masyarakat.

badannya sihat,mukanya berseri2 krn kesihatnnya tubuh dan jiwanya,pakaiannya bersih krn kebersihan hatinya,dia gemar berolahraga untuk kesihatan tubuh dan sukakan muzik untuk kesihatan batin..kita namakannya orang sihat.

fahamannya luas,kajiannya mendalam,bacaanya banyak,sbb itu tinggilah pengetahuannya sehingga dia tidak merasa janggal dalam pergaulan dgn segala lapisan.oleh kerana pengetahuannya dalam sesuatu hal,maka dia berani bertanggungjawab..maka kita namakan org ini cerdik pandai.

semuanya itu,budi,akal,pergaulan,kesihatan dan pengetahuan jika dikumpulkan menjadi satu, pada seseorang.kumpulan itulah yg membentuk suatu peribadi manusia..

lemah atau kuat,terlebih atau terkurang daripada yg tersebut itu,menyebabkan lemah atau kuat,lebih atau kurangnya peribadi..dan peribadi inilah ayang akan menentukan kualiti dan mutu seseorang..

kata HAMKA:"dua puluh ekor kerbau pedati,yg sama gemuk dan kuatnya,sama pula kepandaiannya menghela pedati,tentu harganya pun tidak pula terlebih berkurang. tetapi 20 org manusia yg sama tingginya,sama kuatnya,belum tentu sama "harganya".sbb bg kerbau tubuhnya yg berharga,bagi manusia pula PERIBADINYA..

~ringkasan dari buku PERIBADI tulisan HAMKA aku br beli baru neh:p~




p/s:da lama xupdate sbb xleh surfing,modem ngn router kena kilat..arini baru elok da beli baru huhu..

This entry was posted on September 7, 2008 at 1:17 AM and is filed under . You can follow any responses to this entry through the comments feed .

4 comments

Moral of the story, time nak ribut or kilat tu, cepat2 la off router.. tengok,tak pasai2 dah kilat sambar..

p/s: Siapakah org yg kamu cintai itu??gagagagaga

September 7, 2008 at 2:20 PM

kakakakakaka pengalaman mengajar kita huhu..

September 7, 2008 at 8:12 PM

wah..minat ek mu bace bende2 cmni..kalo aku...huarghhhh~ (ngantok) hehehe

September 8, 2008 at 5:23 PM

hehehe...benda gini jela aku minat,yg lain2 hampeh...hehe

September 8, 2008 at 9:43 PM

Post a Comment